Adik saya dah minta maaf, kenapa masih nak boikot?



Datuk Mohamed Faroz Mohamed merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, hari ini menafikan bahawa pemilik akaun media sosial instagram bernama Nor Lizah mempunyai kaitan dengan syarikat tekstil mahupun rangkaian syarikat itu.

Beliau menegaskan, Nor Lizah juga tidak pernah mewakili syarikat itu yang mempunyai cawangan di seluruh negara, jauh sekali mempunyai kaitan dengan adiknya bernama Muzaffar Mohamed Jakel apabila mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Terdahulu pengarah urusan kumpulan Jakel menafikan syarikatnya ada menghina orang Melayu dan bersifat perkauman selain mendakwa tuduhan itu berunsur sabotaj bagi merosakkan imej perniagaannya.

” Penularan gambar serbuan ke atas syarikat kami kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit juga palsu. Gambar tersebut adalah kejadian pada tahun 2018 dan kesemua pekerja Jakel diambil secara sah melalui undang-undang.

” Bantuan RM800,000 yang tular di media sosial juga f1itnah terhadap Jakel pada tahun 2018 yang dibangkitkan semula” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, syarikatnya juga tidak terlibat dengan pemilik akaun Facebook Nor Lizah dan Datuk Sri Muzaffar termasuk akaun palsu yang menggunakan logo dan nama Jakel secara tidak sah.

” Sebarang kenyataan bersifat menghi1na dan berbaur perkavman tidak ada kaitan dengan syarikat Jakel dan ahli keluarga Jakel.”

Menurutnya, pihaknya turut menafikan tuduhan lain termasuk syarikatnya menyalurkan bantuan RM800,000 kepada Setiausaha Politik bekas Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu.

” Pihak Jakel menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan fitnah tersebut,” kata beliau lagii.

Beberapa hari lalu Jakel menjadi perhatian umum susulan tindakan adik Mohamed Faroz iaitu Muzaffar Jakel yang didakwa memperlekehkan orang Melayu selepas ada netizen yang mempertikaikan tindakan gedung pakaian itu kembali beroperasi pada 4 Mei lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19.

Sebelum ini, Faroz memohon maaf atas salah faham apa yang berlaku itu.

“Biodata Datuk Faroz Jakel, abang kepada Muzaffar Jakel”
Kejayaannya dalam dunia bisnes sedikit sebanyak memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan usahawan muda untuk berjaya

Antaranya, Anugerah Jenama Antarabangsa Terbaik di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016, Gedung Tekstil Terbesar Di Dunia 2016 oleh Yayasan Jenama Terbaik serta Anugerah Penjenamaan Korporat di Anugerah The BrandLaureate – Jenama Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) 2014.

Siapa yang tidak mengenali usahawan hebat tempatan bernama Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel atau lebih mesra disapa Datuk Faroz ini. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap pemilik kepada gedung tekstil terkemuka tanah air, Jakel.

Selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 2009, anak jati Johor ini mula mengambil alih perniagaan sambil dibantu oleh adik-adiknya yang lain. Dengan kewibawaannya sebagai pemimpin, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh Jakel di dalam dan di luar negara.

Saksikan Rakaman Video Dari Datuk Mohamed Faroz Mohamed merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja