Kesian Awin difitnah macam-macam


Walaupun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, namun Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin tidak pernah terlepas dari menjadi mangsa fitnah oleh individu yang mungkin cemburu melihat kebahagaiaan yang sentiasa dipamerkan di media sosial.

Baru-baru ini, Awin berkongsikan mesej yang diterima daripada individu bermulut jahat menerusi Instagram yang menuduhnya menggunakan ilmu hitam untuk memikat hati suami. Kata netizen lagi, mustahil jika Izzue boleh jatuh hati dengan Awin.



Netizen itu turut menuduh Awin menggunakan bomoh sehingga Izzue berkahwin dengannya dan meminta supaya Awin sedar diri.







Perkongsian Awin itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen termasuk rakan artis yang memberikan kata semangat kepadanya. Malah ada yang mengatakan, individu berkenaan sebenarnya cemburu dengan kebahagiaan rumah tangga pasangan itu.

Ini bukan kali pertama isteri Izzue Islam dituduh sedemikian rupa. Sebelum ini, Izzue berkata ndividu yang menyebarkan fitnah tersebut hanya cakap kosong sahaja dan berselindung di sebalik akaun palsu. Malah, Izzue mahukan bukti jika dakwaan individu tersebut benar.

null

null


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja