Ustaz Abu Syafiq dikecam netizen gara-gara status teguran "HARAM" di Facebook


Ustaz Ebit Lew memang terkenal dengan sikap pemurah dan suka membantu mereka yang dalam kesusahan. Terbaru perkongsian beliau mengenai kedaifan sebuah keluarga tular di media sosial. Berikut perkongsian Ustaz Ebit

Setelah saya menangis. Air mata rasa bahagia sangat…Setelah berbelas tahun mereka hidup begini. Tinggal di tempat begini. Saya pusing tanya dekat 4 rumah walau hujan basah.. Akhirnya Allah izinkan saya dapat rumah sewa rm800 sebulan. Besar rumah selesa. InsyaAllah saya akan bayarkan sampai bila-bila selagi mampu. Cuma tadi repair elektrik dan air sampai dekat isya. Saya call ambulans swasta bawa pakcik tadi ke hospital untuk dapatkan rawatan.

Masa masuk rumah adik-adik ni berlari cop bilik. Yeye pindah rumah. Yeye pindah rumah. Betul ke ustaz pindah rumah. Besarnya rumah ni ustaz. Selesanya. Betul ke ustaz nak bayar? Yer adik. Allah gerakkan semua ni.

Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis. Nak qada solat semua. Sedih pula rasanya. Makin hiba bila diaorang ulang. Ustaz jangan lupakan kita orang tau.

Esok saya dah upah orang elektrik dan orang paip repair air. Tengok wirering. Lepas tu nak cari perabot baru dan tilam. Serta nak beli baju-baju dan selipar. Adik ni ada tiada selipar pun. Berebut makan kfc. Semua suka kentang putar. Kena beli set satu-satu lain kali.

Pakcik yang str0oke tadi sebelum naik ambulans pesan pada saya. Setelah saya nasihatkannya bahawa anak ini esok bakal jadi pemimpin. Ustaz kalau boleh tolong hantar anak saya belajar yer.

Ya Allah. Hati ini sedih sayu. Saya cuma datang untuk membantu. Tak sanggup nak tinggal manusia tidur ditepi sampah. Maaf saya benar-benar terkejut sangat. Saya menangis dari tadi. Malam ni baru saya boleh senyum. Maafkan saya jika ada sesiapa hadir tadi saya tak senyum. Saya sayang semua. Kita semua sebuah keluarga. Janganlah salahkan sesiapa.


Namun begitu, ada yang kurang senang dengan pendedahan gambar tersebut. Melalui satu status Facebook oleh Ustaz Abu Syafiq yang tidak bersetuju jika gambar mereka yang tidak berkempuan dan tidak berbajvu di muat naik ke sosial media

Menurut Ustaz Abu Syafiq lagi, Meletak gambar dan video orang miskin yg susah sehingga memalvkan dia adalah ‘a1ib. Har4m!






Rata-rata netizen mengecam Ustaz Abu Syafiq gara-gara status tersebut sedangkan status tersebut jika dibaca ianya bersifat umum dan bukan untuk tuju kepada mana-mana individu termasuk Ustaz Ebit. Mungkin ada pencerahan lebih lanjut daripada Ustaz Abu Syafiq sendiri megenai status beliau bagi memperbaiki salah faham antara status beliau dengan tanggapan netizen.

Mudahan-mudahan netizen dapat bertenang dan hentikanlah kecaman terhadap mana-mana pihak memandangkan kita sama-sama orang islam sebaiknya kita berbaik semasa umat dan kita adalah saudara semuslim.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja