Ustaz Abu bengang dengan DSN kerana memuatnaik video beliau mengkritik slogan Malu Apa Bossku


Baru-baru ini Dato Sri Najib Razak ada memuat naik sebuah video yang pernah dikritik hebat oleh Ustaz Abu Syafiq pada 18 Feb 2019 mengenai slogan Malu Apa Bossku yang bertentangan dengan ajaran Islam dan meminta beliau bertaubat. Kritikan tersebut jelas berbentuk cercaan dalam teguran seperti penyamun,perompak dan perosak negara.




Namun tindakan DSN mengupload semula video kritikan itu tidak disenangi oleh Ustaz Abu Syafiq dan membalas tindakan tersebut menerusi IG beliau memandangkan FB dah kena block. Berikut adalah kenyataan beliau :

FROM ABU SYAFIQ TO NAJIB

1- Saya Ustaz Abu Syafiq mengucapkan ribuan terima kasih buat Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak kerana masih ingatkan saya dan teguran umum saya sehinggakan DSN memuatkan video saya dalam facebook beliau. Alhamdulillah.

2- Ya, dari segi pemikiran politik individual sejak akhir sebelum PRU-14 saya memang agak berbeza dengan DSN.

PM-8 sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pun berbeza dengan DSN bukan?? Maka sememangnya ada saling kritik mengritik disitu. Tiada masaalah asalkan ia dalam kerangka ilmiah dan hujjah.

3- Namun ada cerita antara saya dan DSN ini sebelum perbezaan idea politik tersebut. Pada 2012 DSN difitnah hebat berkaitan isu pembunuhan Altantuya. Ketika itu berlakunya pertemuan antara ulama pondok dengan DSN di Masjid Bukit Antarabangsa. Saya bersama Agamawan Negara Al-Marhum Dato Uthman El-Muhammady hadir tanda menyokong kepimpinan DSN ketika itu sebagai PM dan menolak fitnah.

Saya langsung tidak menjadikan isu hangat yang dikaitkan antara Altantuya dan DS Najib ketika itu sebagai bahan menghentam DSN bahkan saya sehingga kini langsung tidak percaya DSN membunuh atau arahkan bunuh AlTantuya.
Benar, hal lain ada saya kritik namun saya tidak pernah fitnah DSN pun.

4- DS seharusnya tahu bahawa Baginda Nabi pernah bersabda: "Malu itu adalah dari Iman". Riwayat Al-Bukhari. Kerana itulah saya menegur slogan berbunyi Malu Apa Bossku yang ketika itu digunakan juga oleh kanak-kanak yang ditangkap kerana merokok dan apabila cikgu bertanya mengapa kamu merokok mereka menjawab Malu Apa Bossku!
Ia dijadikan satu slogan yang kurang baik berbanding baiknya yang dianggap wujud padahal kurang baik bercanggah dengan hadith Nabi tadi.

5- Di akhir ini saya nasihatkan DSN ada baiknya juga DSN memuatkan satu lagi video kritikan keatas DSN serta persoalan pedas TS Muhyiddin Yassin keatas DSN ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri bawah DSN tika itu berkaitan 1MDB. Beliau kritik DSN dan sound kaw-kaw keatas DS Najib secara terang-terangan.
Beliau kini PM keatas DSN dan PM keatas saya. Sila ingat-ingatkan semula video TSMY tu ye!

Wassalam.




View this post on Instagram

FROM ABU SYAFIQ TO NAJIB 1- Saya Ustaz Abu Syafiq mengucapkan ribuan terima kasih buat Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak kerana masih ingatkan saya dan teguran umum saya sehinggakan DSN memuatkan video saya dalam facebook beliau. Alhamdulillah. 2- Ya, dari segi pemikiran politik individual sejak akhir sebelum PRU-14 saya memang agak berbeza dengan DSN. PM-8 sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pun berbeza dengan DSN bukan?? Maka sememangnya ada saling kritik mengritik disitu. Tiada masaalah asalkan ia dalam kerangka ilmiah dan hujjah. 3- Namun ada cerita antara saya dan DSN ini sebelum perbezaan idea politik tersebut. Pada 2012 DSN difitnah hebat berkaitan isu pembunuhan Altantuya. Ketika itu berlakunya pertemuan antara ulama pondok dengan DSN di Masjid Bukit Antarabangsa. Saya bersama Agamawan Negara Al-Marhum Dato Uthman El-Muhammady hadir tanda menyokong kepimpinan DSN ketika itu sebagai PM dan menolak fitnah. Saya langsung tidak menjadikan isu hangat yang dikaitkan antara Altantuya dan DS Najib ketika itu sebagai bahan menghentam DSN bahkan saya sehingga kini langsung tidak percaya DSN membunuh atau arahkan bunuh AlTantuya. Benar, hal lain ada saya kritik namun saya tidak pernah fitnah DSN pun. 4- DS seharusnya tahu bahawa Baginda Nabi pernah bersabda: "Malu itu adalah dari Iman". Riwayat Al-Bukhari. Kerana itulah saya menegur slogan berbunyi Malu Apa Bossku yang ketika itu digunakan juga oleh kanak-kanak yang ditangkap kerana merokok dan apabila cikgu bertanya mengapa kamu merokok mereka menjawab Malu Apa Bossku! Ia dijadikan satu slogan yang kurang baik berbanding baiknya yang dianggap wujud padahal kurang baik bercanggah dengan hadith Nabi tadi. 5- Di akhir ini saya nasihatkan DSN ada baiknya juga DSN memuatkan satu lagi video kritikan keatas DSN serta persoalan pedas TS Muhyiddin Yassin keatas DSN ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri bawah DSN tika itu berkaitan 1MDB. Beliau kritik DSN dan sound kaw-kaw keatas DS Najib secara terang-terangan. Beliau kini PM keatas DSN dan PM keatas saya. Sila ingat-ingatkan semula video TSMY tu ye! Wassalam. www.instagram.com/ustazabusyafiq
A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq) on

Apa pandangan anda? Jangan lupa like dan share FB Lazdrop Asia yer!




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja