InsyaAllah malam ni Admin nak ajar anda cara terbaik nak guna FB Ads daripada labur RM 20 kepada RM 5 saja untuk iklan insyaAllah jom belajar
Sebelum kita mulakan pembelajaran, kena ingat dropship yang korang buat tu macam shoplink atau link product, korang tak perlu deal dengan customer dan tak perlu hantar barang kan.. korang hanya perlu share link product atau shoplink saja kan.. Jadi korang tak perlukan chatbot bagai sebab korang bukan run business, kalau Ejen sesuailah guna chatbot sebab dia kena berurusan dengan customer. Tapi tutorial ni kita focus kepada nak buat dropship saja dulu.
Dropship shoplink dan link product ni apa yang korang perlukan hanya 1 ja iaitu TRAFFIC.
TRAFFIC kat sini adalah orang ramai yang berkunjung ke platform korang sama ada fb page atau website atau blogger korang. Kita ambik contoh paling senang iaitu FB Page. Kita nak orang ramai sentiasa berkunjung ke fb page kita jadi pada masa tu kita boleh promote shoplink jugak.
Nak orang ramai pergi ke page korang, kena tahu jugak, page korang tu offer apa suka post tentang apa? Korang kena ingat, orang guna social media bukan semata-mata nak tengok iklan pastu beli barang, kalau diorang nak cari barang diorang boleh direct pergi ke website macam lazada dan sebagainya. Apa yang diorang cari dalam social media adalah HIBURAN,MAKLUMAT,BERITA,GOSIP,HOBI.. dapat tak?
So buat Facebook Page yang ada kena mengena dengan apa yang orang ramai nak. Contoh buat fb page tentang hiburan so content page korang mestilah tentang posting hiburan sama ada video,text,quote dan gambar. Cara ni dapat meningkatkan TRAFFIC dengan lebih cepat berbanding buat fb page jual barang trust me.
So bila traffic dah banyak, masa ni korang boleh promote shoplink. Shoplink korang boleh selit dekat posting macam yang Admin ajar semalam
Tutorial semalam : Tips dan trick promote shoplink
Lepas tu setiap posting korang boleh tengok METER GAUGE setiap posting korang tu
Ok korang tengok kalau meter gauge dekat Warna Orange Muda tu maksudnya orang suka pada posting korang secara semula jadi tanpa paksaan. So posting ni ada potensi untuk orang ramai share, so Boost posting ni guna RM 5 ja cukup. Nanti orang akan share ramai2 posting korang. Dengan kos RM 5 ja untuk FB Ads berbanding kos RM 20. Jimat banyak. So letak la sekali shoplink korang tu dekat posting tu atau dekat ruangan komen dekat posting tu. Sambil diorang enjoy dengan posting korang sambil beli barangan daripada shoplink korang.
Guna trik posting video yang admin ajar semalam.
Cuba buat gang.