"Tak selesa, makanan tak sedap dan lambat " - keluhan Kluster Elit


Sejak semalam hangat diperkatakan apabila beberapa doktor mendedahkan perangai menjengkelkan sikap segelintir golongan elit atau ‘kluster kayangan’ yang bersikap biadap serta enggan memberi kerjasama kepada petugas kesihatan.

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan bahawa kedudukan dan darjat seseorang itu tidak boleh menjamin mereka terselamat daripada virus membawa maut itu.

Menurut Ismail Sabri lagi, sebagai golongan yang berkedudukan tinggi mereka seharusnya menunjukkan sikap yang lebih bertamadun dan contoh yang baik daripada orang lain.

“Saya harap ini kesedaran sendiri kerana Covid-19 tidak kenal dari kayangan ataupun daripada bumi. Mereka tidak kenal siapa dan tiada siapa yang dibezakan oleh Covid-19.

“Walaupun kaya-raya, tidak terkecuali akan dijangkiti oleh Covid-19,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata individu yang tidak memberikan kerjasama kepada pasukan barisan hadapan ketika berada di pusat kuarantin atau hospital juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Dari segi undang-undang saya percaya mungkin ada yang menghalang petugas penjawat awam menjalankan tugas masing-masing dan tindakan boleh diambil,” katanya.

Berita semalam tular disocial media bahawa Kluster Elit ini mengeluh tidak selesa dengan petempatan yang disediakan sepanjang tempoh kuarantin dan mengadu makanan tak sedap. Rata-rata netizen mengutuk kluster ini kerana tidak bersyukur dengan pengorbanan yang dilakukan oleh frontliner negara.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja