SmallBoY kena tepat balingan bom Fredo - PUBG


Meski Grand Final Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah 2020 (SCG 2020) telah melabuhkan tirainya semalam dengan menyaksikan NED Brotherhood muncul sebagai juara, namun terdapat satu aksi balingan bom yang menjadi perbualan dalam kalangan komuniti e-sukan.

Aksi tersebut dilakukan pemain Yoodo Gank iaitu Ahmad Fuad Razali (Fredo) dalam satu perlawanan yang berlangsung di Vikendi.

Pada minit ke-12 pusingan itu, Fredo ketika itu sedang memerhatikan pergerakan pemain Resurgence MY, Alexis Aw Chee Loong (SmallBoY) yang dilihat sedang berlindung di dalam sebuah rumah.

Selang beberapa saat, Fredo membuat percaturan untuk membaling bom ke arah SmallBoY menerusi sebuah tingkap yang berdekatan dengan SmallBoy.

Balingan bom Fredo sempat melantun di bahagian bawah ruang tingkap itu dan berjaya masuk ke dalam rumah yang diduduki SmallBoY.

Walaupun SmallBoy berdiri berdekatan dengan pintu yang terbuka namun dia tidak sempat melarikan diri.

Bom tersebut tepat meletop ke arah SmallBoY tatkala dia cuba memusing badan ke sebelah kirinya.

SmallBoY akhirnya jatuh merangkak di dalam rumah itu.

Selepas balingan bom itu, Fredo turut berjaya menjatuhkan rakan sepasukan SmallBoY, Muhammad Mukhriz Lutfi Fariq Adlan (IronPRO) dengan menggunakan M416.

Aksi Fuad itu turut mendapat pujian dalam kalangan peminat e-sukan yang menonton Grand Final itu di Facebook E-Sukan.

Antaranya, pengguna Facebook Hambali Hami berkata:”Fredo memang mantaplah pakai bom.”

Pengguna Facebook Saiful Bazli turut memuji balingan Fredo itu ‘cantik seperi bunga.’

Pusingan keenam yang berlangsung di Vikendi itu menyaksikan NED Brotherhood berjaya mengutip Chicken Dinner yang kedua dalam kejohanan itu.

NED Brotherhood juga muncul sebagai juara keseluruhan SCG 2020 dengan markah 134 mata.

Manakala Resurgence MY berada di tempat kedua dengan 101 mata dan jumlah mata bunuh paling banyak dalam SCG 2020 iaitu 52 mata.

Sementara itu, Yoodo Gank sekadar di tempat ketiga dengan 85 mata.

SCG 2020 yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM40,000 dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ia juga dianjurkan Menteri Besar Selangor Incorporated dan IO Esports.

Pada edisi kali ini juga, portal e-sukan tempatan What’s The Meta Today menjadi rakan media bagi SCG 2020.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja