Baru-baru ini, seorang pelakon senior Mohd Nor Bond menerusi Facebook memuji sikap pasangan suami isteri iaitu Johan dan Ozlynn yang menyertai Seniman serta beberapa lagi artis untuk menghulurkan bantuan kepada artis veteran serta pekerja belakang tabir.
Pelakon itu mengatakan Johan dan Ozlynn secara peribadi telah menghulurkan sampul wang kepada mereka yang berada disitu termasuklah sukarelawan.
Namun apa yang mengejutkan, setiap daripada mereka menerima RM300 dan jumlah itu bukannya sedikit kerana mereka turut memberikannya kepada ramai orang.
Perkara itu turut dikongsikan oleh Adam Corrie yang memuat naik gambar mereka di Instagram yang terserempak dengan pasukan yang terlibat.
Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji tindakan Johan, malah mereka juga mengatakan pelawak itu antara artis yang sangat merendah diri dan tidak pernah menunjuk-nunjuk amal kebajikan yang dilakukannya kepada umum.
Sumber : Rotikaya