Seorang lelaki meninggal dunia ketika solat pada rakaat ke 2 - Luar Negara


Innalillahiwainnailaihirrojiun...Jemaah Masjid Al Atieq di Kampung Semplak Kaum, Desa Semplak Barat, Kecamatan Kemang, Kabupaten Bogor, Jawa Barat Indonesia lari dalam keadaan panik setelah seorang lelaki tiba-tiba rebah dan meninggal dunia pada tempat kejadian ketika melakukan solat Jumaat pada rakaat yang ke 2. Insiden itu terjadi pada 17/4/2020 dan disahkan oleh pihak polis di sana. Lelaki tersebut segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan namun hayat beliau berakhir setelah para medik datang. Difahamkan oleh penduduk tersebut, lelaki itu bukan berasal daripada kampung mereka dan dia mungkin datang daripada daerah yang lain. Pihak pemerintah di Indonesia telah memutuskan untuk tidak mengadakan solat jumaat untuk sementara waktu dan digantikan dengan solat zohor di rumah. Namun keputusan pemerintah tidak diendahkan oleh penduduk tersebut. Walaupun sering diberitahu tentang akibat dan bahaya ancaman Covid-19 ini namun ada diantara mereka yang tidak endahkan teguran itu sama sekali tidak menjaga social distancing, masih berkumpul beramai-ramai dan lebih membuat keputusan sendiri. Mudahan-mudahan ini menjadi suatu pelajaran bagi kita yang masih diberi kesempatan untuk hidup dan berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan dan sama-sama kita mendoakan arwah yang meninggal dunia itu dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja