SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

"Saya tak pernah kenal pun dia, tapi kalau nak HUJAH boleh je" - Ustaz Abu Syafiq


Dalam sebuah video live yang dimuat naik oleh seorang Ustaz terkenal dengan ketegasannya dalam teguran menjelaskan beberapa perkara mengenai isu yang sedang hangat melibatkan beliau dan Ustaz Ebit Liew. Beliau menegaskan bahawa posting yang beliau buat itu adalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu termasuk "Ustaz yang netizen sebutkan".




Posting tersebut mendapat perhatian ramai dan netizen menganggap Ustaz Abu Syafiq buat posting tersebut ditujukan kepada Ustaz Ebit Liew kerana Ustaz Ebit Liew sering mengupload gambar dan video setiap aktiviti kebajikan beliau. 







Namun isu tersebut dijelaskan oleh Ustaz Abu Syafiq sendiri di laman social beliau menerusi satu video live bagi menjernihkan keadaan

"Netizen gang saya!" - Ustaz Abu Syafiq



Walaupun Ustaz Abu Syafiq telah menjelaskan mengenai posting beliau namun netizen tetap emosi dan marah kepada beliau. 



Ekoran daripada kenyataan dalam video live beliau, Ustaz Abu menyatakan bahawa dia tak pernah kenal atau berjumpa dengan Ustaz Ebit oleh itu Ustaz Abu menafikan bahawa posting itu ditujukan kepada Ustaz Ebit Liew




"Buatlah benda baik, takda sapa halang tapi kena jaga aib orang" - Ustaz Abu Syafiq



Jadi konklusi dekat sini, Kita mengharapkan agar netizen, Ustaz Abu Syafiq dan Ustaz Ebit Liew dapat berdamai daripada isu-isu seperti ini kadang-kadang salah faham daripada konteks ayat dengan situasi semasa. Bukan Admin nak masuk belah mana-mana pihak sama ada Ustaz Abu, Ustaz Ebit dan Netizen(majoriti Muslim) semua satu agama jadi seeloknya perbalahan ini kita selesaikan dengan baik demi kebaikan agama Allah apa lagi sekarang diuji dengan musibah Covid-19..insyaAllah. Kita baik, Allah sayang.

Terima kasih Ustaz Ebit Liew
Terima kasih Ustaz Abu Syafiq
Terima kasih netizen


Jangan lupa like dan share yer!



UPDATE : Fb page Ustaz Abu Syafiq dilumpuhkan oleh netizen yang buat report secara berjemaah di FB







Lazada 9.9

Lazada 9.9 Flash Sale!