Saya tak hina netizen, sebaliknya saya sayangkan netizen


Beberapa hari ini hangat diperkatakan apabila Zarina Anjoulie mendedahkan nama beberapa orang artis yang didakwa memperlekehkan netizen di kumpulan Telegram yang diwujudkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Perkara itu membangkitkan kemarahan netizen sehingga melancarkan boikot terhadap beberapa artis yang terlibat. Malah, timbul kontroversi Amyza Aznan yang telah ‘celakakan’ netizen ketika IG Live pihak Seniman baru-baru ini bagi membincangkan isu artis meminta dana khusus kerajaan.

Tidak mahu salah faham itu berlarutan, Amyza tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu serta menafikan dakwaan dia menghina netizen. Ujarnya, ada seorang selebriti telah mengrekrut netizen untuk menyerang para artis ketika siaran langsung berkenaan.

Jelasnya lagi, dia tiada niat untuk menghina netizen tetapi berang dengan ‘troopers’ selebriti tersebut. Malah, selebriti itu juga telah memutarbelitkan kenyataan dan memfitnah mereka.


Meskipun tidak menyebut nama selebriti berkenaan, namun netizen membuat andaian kata-kata Amyza itu ditujukan buat Zarina Anjoulie.

Terdahulu, Zarina mendedahkan mesej berbualan artis-artis di dalam Telegram dimana ada dikalangan mereka menghina netizen IQ rendah serta di ibaratkan lembu di cucuk hidung. Malah, mereka menganggap diri mereka golongan cerdik pandai.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja