"Saya nak kembali kepada zaman silam, kerana pada masa itu kalau saya boleh buat benda-benda tertentu, mungkin saya dapat ubah nasib masyarakat saya" - Ayahanda Tun



SHAH ALAM - Celoteh bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu 'live' kali pertama di akaun Facebook mencuit hati warganet yang menontonnya.
Banyak soalan yang dilontarkan kepada Tun berhubung pelbagai isu termasuk ekonomi, kesihatan, motivasi dan negara.
Namun, tidak kurang juga yang bertanyakan persoalan tentang peribadi Tun yang turut menjadi perhatian para pelayar.
"Tun bolehkah saya tanya, Tun masih memasak di rumah? Saya diberitahu Tun pandai masak nasi goreng. Betul ke?" demikian antara soalan yang ditanya pelayar 'live' bernama Ismail Alias.
Dengan nada bergurau Tun menjawab beliau sekarang tidak banyak memasak, hanya memberi arahan sahaja kepada tukang masak.
Sementara itu, soalan lain yang ditanya kepada Tun daripada Syikin Ibrahim adalah adakah Tun ingin kembali ke zaman silam ataupun masa depan sekiranya mempunyai mesin masa.
"Saya nak kembali kepada zaman silam, kerana pada masa itu kalau saya boleh buat benda-benda tertentu, mungkin saya dapat ubah nasib masyarakat saya, bangsa saya, negara saya.
"Tapi kalau pergi ke hadapan (masa depan) saya tak tahu apa yang akan jadi," jawab Tun kepada pelayar tersebut.
'Live' bertajuk "Sesi Apa Nak Tanya?" yang berdurasi 36 minit 15 saat itu mendapat 200,000 tontonan dan 981 perkongsian sejak 11 jam yang lalu.






Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)