"Saya dah 16 tahun jadi Artis..." - Sharifah Zarina


Selepas lima hari memohon maaf setelah dikecam netizen berhubung komen di Facebook, penyanyi Sharifah Zarina tampil menjelaskan kepada umum situasi sebenar.

Menurut Zarina, status yang dimuat naik di ruangan komen salah seorang rakan di Facebook itu bukanlah ditujukan kepada netizen, sebaliknya ia hanyalah bersifat peribadi terhadap rakannya di laman sosial tersebut.

“Saya langsung tak gunakan perkataan netizen, maksudnya saya tidak tujukan pada netizen. Kalau tengok posting dari awal hingga akhir di Facebook, saya tak ada kutuk netizen.

“Sebab netizen tak pernah beri masalah, kenapa perlu saya kutuk netizen? Tapi perkara ini jadi besar sangat apabila ada pihak yang menambah perkataan netizen, sehingga menambahkan kemarahan netizen kepada saya,” katanya menerusi satu entri di Instagram TV miliknya.

Katanya, dia terpanggil untuk menjelaskan hal tersebut kerana tidak mahu orang ramai terus salah faham dengan maksud di sebalik penggunaan ‘kg.com’ dalam tulisannya di Facebook.

“Saya guna Kg.com bukan bermaksud saya kutuk orang kampung, tidak..saya pun asal dari kampung, saya berhijrah ke sini. Semua orang tahu saya orang kampung, buat apa saya nak kutuk orang kampung.

“Saya dah tersilap guna dalam konteks ayat. Saya fikir perkataan itu ramai orang guna. Kawan-kawan saya pun gunakan kepada saya. Saya tak sangka boleh menyebabkan ada perasaan terguris kerana perkataan itu,” katanya.
Terdahulu, Zarina menerima kecaman gara-gara didakwa melabel warga net yang mengecam golongan artis rata-ratanya orang ‘kampung’.

Dalam pada itu, kata Zarina, apa yang terjadi benar-benar menjadikan pengajaran buatnya agar lebih berhati-hati dalam tindakannya supaya tidak disalah erti.



“Inilah yang saya sangat kesali, perkara peribadi saya jadi besar begini. Saya sudah 16 tahun jadi artis saya tak pernah terpalit pun dengan gosip macam ini. Kalau ada pun tentang kehidupan saya sendiri sahaja.

“Saya tak ganggu artis, tak ganggu netizen tak kacau orang, sebab itu saya kurang popular sebab saya tak pandai nak mensensasikan diri, saya tak reti. Bila perkara ini terjadi, saya sangat sedih, dari dulu saya jaga nama saya,” luahnya.


https://c.lazada.com.my/t/c.6N4U

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja