"Saya ahli sunnah wal jamaah!! Tak kafirkan orang" - Ustaz Abu Syafiq


Belum reda isu yang melanda antara Ustaz Abu Syafiq dan warganet, tambah lagi satu isu yang melibatkan beliau dimana satu komen di laman sosial yang menggelar Ustaz Ebit Liew sebagai ka***. daripada akaun FB Page Ustaz Abu Syafiq sendiri.

Sumber daripada salah seorang pengguna akaun facebook sempat screenshot komen dan maklumbalas antara beliau dengan Ustaz Abu Syafiq disalah satu post FB Page Ustaz Abu Syafiq. Saudara tersebut menyeru warganet untuk membuat report secara beramai-ramai ke atas fb page Ustaz Abu Syafiq. Kemudian  komen tersebut dibalas oleh admin fb page Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary dan ini menambahkan lagi kemarahan warganet terhadap Ustaz Abu Syafiq




Tidak lama selepas itu FB page Ustaz Abu Syafiq terkubur di Facebook kerana warganet membuat report secara beramai-ramai di FB terhadap page beliau.





Ustaz Abu Syafiq mendakwa bahawa dirinya menjadi mangsa lagaan orang ramai dan posting yang mengelar Ustaz Ebit sebagai ka*** adalah tidak benar kerana beliau menjelaskan yang akaun fb pagenya di godam oleh pihak tertentu. Beliau menegaskan bahawa komen itu adalah PALSU, bukan daripada dirinya sendiri.



Namun ada beberapa kemusykilan tentang perkara ini

1. Komen itu memang datang daripada admin page itu sendiri

2. Beliau mendakwa fb page beliau digodam(sendangkan fb page itu deactive sebab direport oleh warganet,bukan godam). Secara logiknya kalau nak godam fb page, kena godam fb profile dulu sebab fb profile admin kepada page. Tapi fb profile ok, fb page saja kena godam? Tak logik kalau godam fb page tanpa fb profile bossku

3. Kenapa harus tutup semua ruangan komen pada IG dan fb profile jika beliau tidak melakukan perkara tersebut atau apa-apa salah. Berani kerana benar.

Itu hanyalah pandangan secara peribadi sahaja. Yang pasti, benda yang anda rasa WAS-WAS jangan kongsi takut jatuh fitnah. Itu lebih bahaya. Mudahan-mudahan kita semua dalam berdamailah hendaknya.

Bagaimana pendapat anda?




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja