Salahkah kalau Ustaz kaya? Dituduh menggunakan dana untuk beli barangan mewah. Ini penjelasan Ustaz Ebit



Dalam perjuangan membuat kebajikan kepada orang ramai, terpaksa melalui tomahan,tuduhan,cacian,fitnah dan hasad dengki. Itulah yang dilalui oleh Ustaz Ebit Lew yang didakwa menggunakan dana sumbangan untuk kepentingan peribadi oleh sesetengah pihak(biasanya FAKE ACCOUNT)

Entri terbaru dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew sekali lagi mendapat respon luar biasa warganet apabila mendapat hampir 700k ‘likes’ di Instagram beliau.

Luahan Ebit Lew yang disertakan gambar beliau bersama isteri di hadapan banglo 3 tingkat itu susulan kepada beberapa pihak yang mempersoalkan duit sumbangannya.

Berikut adalah perkongsian Ebit Lew;

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik.

Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang.

Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia.

Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul.

Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan.

Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.

Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator.

Program korporat teambuilding selama 4 tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya.


Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.

Saya ada 3 restoran Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah.

Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.

Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah.

Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang.

Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak.

Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad.

Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa- Ustaz Ebit Lew

Ramai artis komen

Perkongsian menarik Ebit Lew itu bukan sahaj mencuri perhatian warganet malah beberapa orang artis terkenal. Antaranya ada Shuib Sepahtu dan Aeril Zafril.

” Allah sayang kita semua, Allah sayang Ebit Liew..” tulis Shuib

” SubahanAllah” tulis Aeril ringkas.

Sekali jiran Ustaz Ebit pun komen

Menariknya jiran kepada Ustaz Ebit Lew turut memberi komen. Katanya, dia berasa bertuah kerana berjiran dengan pendakwah popular itu dan menyifatkan jirannya itu satu dalam sejuta.

” Bertuah saya berjiran dengan ustaz Ebit.. Walaupun Di sebalik pagar belakang rumahnya ..Bila nampak kereta dia keluar dah tahu mesti out station..

” Semoga Dipermudahkan segalanya utk ustaz.. Satu dalam sejuta.. Semoga ramai lagi seperti nya” tulis Shahirman

Kredit: lamanhiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja