Pengusaha ditipu oleh bekas pekerja, kerugian RM 3,000



Atas dasar kepercayaan terhadap bekas pekerja tersebut, majikan menyerahkan amanat kepada bekas pekerja tersebut untuk menguruskan perniagaan mereka namun bekas pekerja tersebut memungkiri janji dan pecah amanah sehingga mengakibatkan majikan mengalami kerugian RM 3,000.

"Sebelom ni suspek bekerja dgn saya dan dalam satu masa saya dah bagi kepercayaan untuk running perniagaan saya. Seblom saya kembali bertugas di KL saya amanahkan kepada suspek untuk menjaga bsness saya. Dari segi gaji yg lebih dan tambahan elaun Minyak saya bagi kalau dikira pendapatannya memang lebih dari yg sblom dia pernah dapat dan semua gaji dibyar bulan."

"Atas dasar kepercayaan. saya juga memperkenalkan lagi suspek kpd org tua saya pada masa itu harapan semuanya bisnes bjln dgn lancar. Tugasan yg saya bagi ambil stok dkt pembekal dan hantar ke cawangan 3 tempat yg selama ini saya dan isteri yg bnyk uruskan. Pasal duit minyak saya tanggung dan atas dasar alasan apa untuk dia bekerja dgn saya main2 sedangkan selalu ponteng kerja sampai tutup perniagaan saya dengan pelbagai alasan ada masalah anak selalu tak sihat, memang tak salah kan anak tu, yg salahkan perangai dia yg main2 dan tak boleh nak rancang hantar stok dgn teratur."

"Selalu menyusahkan saya selalu ada masalah bergaduh dgn isteri pun xboleh nak bekerja. Dah pergi hantar stok tu p lah berjalan mana pun yg nak p! suruh hantar stok ja pun. disebabkan kerja main3 yg selalu tak buka kedai. Saya kena tanggung risiko sale sgt merosot. Suspek pernah Tak datang kerja tapi dalam diam dia amik budak kecik mana tah jaga kedai, sedangkan staff2 yg jaga kedai saya dah cari dan wife saya yg uruskan. "

"Nasib staf saya report kpd saya. Suspek cakap dkt saya kedai tutup jadi saya info kpd staff harini cuti kedai tutup. Apa yang terjadi staff saya lalu ke kedai tersebut nampak ada budak kecik yang jaga kedai sedangkan suspek bagitau saya kedai tutup. Mungkin dia bukak kedai nak rembat duit modal skali sale rasanya tapi xckup bukti. Staff saya yg lain dah salah faham dgn saya sehinggakan nama saya buruk.. yalah org nak kerja cari duit tapi dia suka2 hati dia saja amik budak lain jaga kedai tanpa pengetahuan saya."

"Sebelom saya tawarkan tugasan ini kepadanya saya telah berkali kali tanya boleh atau tak boleh nak atau takmau. tiada sebarang paksaan untuk menjalankan tugasan ini tapi dia yg meminta tugasan ini diberi kpd dia ."

"Duit minyak untuk ambil stock bayar asing seminggu sekali, gaji byr bulan untuk dia runner hantar stock ke 3 cawangan. Disebabkan kerja main2 dia kena cover jaga 1 kedai sbb xdpt backup sale sbb selalu tutup, dan hanya bukak dua cawangan saja hntar stok. Apabila wife saya tegur apa yang Tak kena secara Tak langsung dia tak nak wife saya masuk campur padahal wife saya yang uruskan bersama sepanjang masa dan  selalu wassap staff suruh update sale sebelom balik kerja boleh dikatakan selama ni yg urus 99% wife saya semasa saya ada di kl.. "

"Last jadi lingtang pukang.. ikut kepala dia sendiri memang saya kena tanggung kerugian dah laa tak jujur menipu saya pulak. sepanjang dia tak datang kerja tak ada langsung saya pernah marah2 dia.. memang saya ada nak marah dia, tapi wife saya banyak bantu tenangkan keadaan walaupun siapa yg kenal wife saya tau lah macam mana tegas dan garangnya dia.. tak sangka bila buat baik dengan pekerja, dia pijak kepala saya."

"Sesuka hati cuti tanpa diberitahu pada saya dan juga tak bagi tahu staff yang lain.. nama saya juga lah yang buruk..Kesian staff saya dtg kemas meja lap2 apa semua tunggu sampai maghrib baru dpt info dia tak datang kerja stok tak boleh hntar. Apabila sy tanya baru bagitau xboleh hantar dan bagi alasan anak sakit, anak sakit. Pernah sekali tu bukannya anak sakit tapi keluar berjalan sbb baru berbaik dgn si isteri. sepatutnya masalah rumah tangga tak boleh campur aduk sampai mengabaikan kerja yg diberi. "

"Walaupon anak kerap sakit sekali pon jgn dijadikan alasan Tak datang kerja dan Tak info bila Tak datang kerja. Jika niat betul untuk bekerja mesti akan uruskan masa dgn betol, just hanya menghantar stok ke kedai dan balik..tak amik masa yg lama pun..itu saya cakap dari perangai dia yang tak boleh rancang masa dengan baik dan amik kesempatan Tak datang kerja sbb dia pun tau anak sntiasa sakit. Jadi kena lah rancang masa dengan baik. Setakat cuti smggu skli saya boleh terima. Kalau semggu 3 kali bisnes saya tak boleh nk cover sebab setiap restoran saya bayar sewa dan komitment untuk bayar gaji staff jika sale merosot."

"Suspek pernah bagitahu saya dia nk bukak burger waktu mlm. Dia tak boleh nk pantau dan fokus bisnes saya dgn alasan ingin tambah pendapatan sampingan. Selepas smggu dia bukak burger, bisnes saya dah terumbang ambing pkerja saya yg lain pun buat mslh sndri kjp dtg kjp xdtg disebabkan suspek selalu tak hantar stok tempat meniaga."

"Apabila saya bagi kata putus untuk tutup semua tempat dan kumpulkan barang2 niaga 1 tempat dan tunggu saya balik dari KL untuk saya uruskan kesemuanya. Apa yang terjadi apabila saya balik dari KL semua barang2 niaga saya suspek gunakan untuk kepentingan sendiri dan meniaga tempat lain dan menguruskan 2 tempat Serta Ada pekerja sendri. Bila saya tuntut semula barang2 niaga saya perbagai Alasan sampai polis Pon kena kencing dgn suspek."

"Kalau negara Ni xda undang2 memang lunyai dah tapi kerana ikut rule sampai Sekarang barang Saya belom dikembalikan.Hanya Viral Sahaja saya mampu buat supaya menjadi pengajaran pada orang lain. "

"Kepada sapa2 Ada jumpa Suspek Ni mohon p cekak sat tanya Kat mana dia sembunyi barang2 niaga saya. Tangkap gambar post ke fb saya. Jumlah nilai barang2 niaga hampir RM 3 ribu walaupon RM10 tetap Ada nilai bukan senang nk Cari Duit."

"Jika cara viral Ni Tak berhasil Inshaallah jika saya Ada rezeki yg lebih saya akan buat kes Saman dkt makamah bukti resit semua Ada."



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja