Pengiktirafan Itu Untuk Negara Kita Malaysia – Dr Noor Hisham


Dinobat antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani pandemik Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan pengiktirafan itu bukanlah untuk dirinya tetapi untuk negara.

Beliau berkata, apa yang penting adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerja sebagai satu pasukan untuk negara. Menurut Dr Noor Hisham, KKM memberi nasihat tetapi Perdana Menteri yang membuat keputusan serta melaksanakan tindakan.

“Kita beri nasihat dan yang pastinya yang buat keputusan bukan saya tapi perdana menteri. Contoh kalau lihat MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) perdana menteri yang melaksanakan… kita menasihati tapi buat keputusan dan tindakan ialah perdana menteri.

Sentiasa dalam keadaan tenang dalam memberikan maklumat kepada masyarakat dan disenangi ramai, Dr Noor Hisham turut mengucapkan penghargaan kepada semua kementerian dan menteri yang bekerjasama dalam pelaksanaan PKP.

“KKM ucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya yang gigih mengawal sempadan negara.

“Penghargaan juga kepada mereka dan barisan hadapan kesihatan yang tampil ikhlas bekerja,” katanya.

Atas kecekapan beliau mengendalikan kes COVID-19, Datuk Dr Noor Hisham telah dinobatkan antara 3 doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak COVID-19 di negara ini.

Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network. Turut tersenarai antara tiga terbaik itu adalah Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja