Tak kira hujan atau panas, individu yang menyara keluarga terus mencari rezeki walaupun agak sukar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Itu dilakukan seorang lelaki warga emas yang menjual pelbagai jenis sayur di bahu jalan berhampiran kawasan Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor.
Kisah tersebut dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Nur Aina yang meminta pertolongan orang ramai berdekatan lokasi itu agar meringankan beban pakcik berkenaan.
Lebih menimbulkan rasa simpati apabila pakcik itu menjual di tengah panas terik matahari namun tiada pelanggan yang singgah membeli.
Walau bagaimanapun, kemaskini pada posting tersebut mengatakan jualan pakcik berkenaan telah habis diborong oleh insan yang baik hati.