Mobile Legends untung RM 2 Billion , Malaysia antara negara penyumbang terbesar


Pengasas Mobile Legends iaitu Moonton merupakan syarikat gergasi dari China meraih keuntungan bersih sebanyak RM 2 Billion(USD 500 juta) tahun lalu. Mobile Legends dilancarkan pada 2016 kini mencatatkan peningkatan keuntungan positif setiap tahun daripada RM 800 juta hingga ke RM 2 Billion iaitu peningkatkan sebanyak 36%!

Sumber pendapatan Mobile Legends adalah daripada Iklan, jualan items, sponsor dan pertandingan. Keuntungan yang tertinggi adalah datang daripada Asia Tenggara seperti Malaysia Indonesia Thailand dan Philippine merupakan negara-negara penyumbang terbesar kepada kejayaan Moonton. Walaupun game Mobile Legends ini datang daripada syarikat gergasi China namun Mobile Legends tidak dapat digunakan di China sendiri, alasannya tidak dapat dikenalpasti.



Malaysia adalah penyumbang terbesar kepada Mobile Legends di Asia Tenggara dimana pemain di Malaysia menyumbang sebanyak RM 374 Juta dalam pembelian items,skins,iklan dan sebagainya. Diikuti oleh Indonesia di tangga ke 2 merupakan penyumbang kepada kejayaan Moonton pada hari ini iaitu RM 275 Juta. Punca pendapatan Mobile Legends datang daripada 2 platform gergasi iaitu Playstore dan Appstore dimana Playstore mencatatkan keuntungan sebanyak 68% lebih tinggi berbanding pendapatan di Appstore iaitu 32% sahaja yang didownload oleh lebih 500 juta pengguna dimana 75% daripada jumlah tersebut adalah daripada Asia Tenggara!

Antara negara tertinggi yang download game Mobile Legends adalah Indonesia ditangga pertama yang paling ramai download kira-kira 36% daripada jumlah download game tersebut, diikuti Philippine pada tangga ke 2 iaitu 15% daripada jumlah download tersebut dan Vietname di tangga ke tiga sebanyak 12% yang download game Mobile Legends. Walaupun Malaysia tidak berada pada top 3 yang download game Mobile Legends, tapi Malaysia yang paling ramai berbelanja dalam game Mobile Legends


Salah satu pemain Mobile Legends yang berjaya di Malaysia iaitu Soloz meraih pendapatan kira-kira RM 100,000 sebulan dan mampu beli kereta mewah dengan hasil bermain game Mobile Legends!

Permainan game seperti ini bukan lagi perkara yang buang masa dan sia sia, jika bijak mengambil peluang ia boleh menjadi satu kerjaya kepada anda kerana Moonton banyak mengadakan pertandingan dan hadiah yang ditawarkan juga boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Selain itu ramai gamers sekarang menggunakan platform Facebook Gaming untuk menjana pendapatan dengan bermain game di rumah!









Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja