"Kluster Kerajaan Langit" enggan beri kerjasama dengan KKM bakal didenda


PUTRAJAYA : Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang enggan bekerjasama dengan petugas kesihatan KKM seperti yang berlaku di pusat kuarantin. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

"Hari ini mesyuarat memutuskan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mereka iaitu di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam, bukan saja menghalang tugas  polis, tetapi juga kepada sesiapa penjawat awam yang terlibat dalam menghalang rantaian COVID ini termasuk  jururawat, dan doktor," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.

Mereka yang melakukan kesalahan itu di bawah  Seksyen 186 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, setakat 9 April 2020, sebanyak 156 Pusat Kuarantin telah beroperasi berbanding 146 pada hari sebelumnya, di mana 11,445 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

"Semalam (10 April 2020) seramai 386 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib," tambahnya lagi.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja