Kluster Elit nak bilik yang menghadap Tasik Putrajaya dan makanan mengikut selera mereka

Masih hangat lagi isu kluster oversea yang bermacam kerenah. Dari satu cerita hingga ke satu cerita, ada sahaja perkara tidak seronok didengar melibatkan golongan yang menjalani kuarantin kerana baru pulang dari luar negara.

Umum sedia maklum bahawa mereka ini merupakan golongan yang boleh dikata sebahagian besar berpelajaran tinggi dan elit. Namun, perilaku dan sahsiah yang ditunjukkan jauh beza dengan kluster tabligh Sri Petaling.

Dalam satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna laman sosial telah berkongsi luahan daripada rakannya yang bertugas sebagai frontliner dikenali sebagai Ed Idrus.

Dia ditugaskan untuk menjaga rakyat Malaysia yang baru sahaja pulang dari Bali dan Jakarta. Mereka dikehendaki melakukan saringan serta kuarantin diri dalam tempoh yang ditetapkan sebelum pulang ke rumah.

Dalam perkongsian tersebut, Ed Idrus menyatakan bahawa mereka yang dikategorikan sebagai kluster ‘kayangan’ telah turun daripada pesawat dengan pelbagai barangan dan beg-beg besar.

Apabila diminta untuk melakukan penjarakkan diri, mereka seakan memerli arahan frontliner yang bertugas.

Lebih melucukan ada yang sudah awal-awal meminta ditempatkan di bilik yang berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Tak kurang juga yang memilih hotel untuk didiami sepanjang dikuarantin beserta menu makanan pilihan masing-masing.

Diakhir penulisannya, Ed Idrus menyatakan bahawa menjaga pesakit dari kluster tabligh lebih menyenangkan daripada menguruskan mereka yang tergolong dalam kluster luar negara ini.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja