Kita sama-sama move on guys! - Nabil Ahmad


PERMOHONAN maaf secara terbuka pelawak Nabil Ahmad berkaitan isu bantuan anak seni dikatakan tidak ikhlas dan berniat untuk menyi1ndir netizen.

Nabil bagaimanapun berkata, apa yang dilakukan itu tidak kurang seperti tegvran yang dilakukan netizen terhadap golongan artis yang lebih berniat mem4lukan.

“Saya faham ramai yang cakap saya tak ikhlas minta maaf tapi korang juga apabila menegur nampak tak ikhlas, lebih kepada nak menjatuhkan berbanding membetulkan… jadi kita ni sama.

“Kita tak suka dis4kiti tapi kita meny4kiti, saya post video anak saya baca doa… tapi korang gunakan kata-kata kes4t komen!” ujarnya.






Salam semua, saya selalu cakap my fans are my friends... alhamdulillah friends Akan gunakan kata2 dan yg cara yg betol utk menegur.. saya paham ramai yg ckp saya x ikhlas bila mintak maaf tapi korang pon bila menegur Nampak x ikhlas nyer.. lebih nak menjatuh kan dari membetol kan so kite ni same guys ... kita x suka disakiti tapi kita menyakiti, saya post Vedio anak saya baca doa tapi korang gunakan kata2 kesat kat komen!! Komon laa guys we are better than that!! Saya nak jadi kan ini post yg last pasal isu artis dengan natizen ni!! Saya masih ahmad Nabil yg despatch dulu .. masih same guys masih susah masih mencarik rezeki utk keluarga masih menanggung mak dan Ayah same Macam korang jugak ... kita move on and same doa kovid ni berakhir yeaaa.... betol x kemana kerjaya artis tanpa sokongan peminat.. Itu reality tapi masing2 jaga hak masing2 yeaaa...terima kasih kepada yg menegur cara islam dan kepada owner2 fake acc yg di buat just utk baka line #silameninggal ..take care guys
A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Nabil menerusi laman Intagram turut memuat naik paparan skrin seorang individu yang menegur permohonan maaf tersebut dilihat seperti meny1indir netizen.

Sebelum ini, Nabil menerusi siaran Instagram live bersama Neelofa menyokong pandangan penyanyi Black yang memohon bantuan kerajaan untuk penggiat seni ketika Perin4h Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Tindakan itu menimbulkan rasa mar4h netizen yang menyer4ng pelawak itu dengan kata-kata kes4t di laman sosial.

Pada Selasa, Nabil memuat naik video permohonan maaf dan menyifatkan netizen sedang meraikan kemenangan itu.

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia masih dirinya yang dahulu dan mencari rezeki untuk menanggung keluarga serta ibu bapa di kampung.

“Saya masih Ahmad Nabil despatch yang dulu, masih susah, masih mencari rezeki untuk keluarga serta masih menanggung mak dan ayah sama macam korang juga.

“Kita move on and berdoa Covid-19 ini berakhir… betul, tak kemana kerjaya artis tanpa sokongan peminat. Itu realiti tapi masing-masing jaga hak masing-masing” tulisnya.






Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja