Gara-gara percaya rangkaian 5G punca penyebaran Covid-19...


Sekurang-kurangnya 20 tiang telekomunikasi di United Kingdom (UK) dibakar dan dirosakkan akibat percayaan dakwaan yang menyatakan ia mampu menyebarkan wabak COVID-19 menerusi rangkaian 5G yang dipancarkan.
Difahamkan, terdapat kluster serangan yang paling teruk dilaporkan berlaku di sekitar Liverpool dan West Midlands.

Bagaimanapun, menurut laporan The Guardian, disebabkan perkhidmatan 5G di UK masih perlahan, kebanyakan tiang yang dirosakkan itu bukan daripada jenis 5G, sebaliknya serangan vandalisme itu banyak merosakkan tiang perkhidmatan 3G dan 4G.
Kumpulan industri MobileUK yang menggabungkan empat rangkaian utama UK telah menerbitkan surat terbuka kepada pelanggannya untuk membantu menghentikan serangan tersebut.

“Kami berdepan kes-kes vandalisme yang melibatkan aktiviti membakar tiang-tiang rangkaian, gangguan infrastruktur kritikal dan penyebaran maklumat palsu mengenai hubung kait teknologi 5G dengan COVID-19.

“Tiada lagi bukti saintifik yang menyatakan 5G berkait dengan COVID-19. Ini fakta,” jelas surat tersebut.

“Tolong bantu kami untuk menghentikan masalah ini. Jika anda menyaksikan sebarang aktiviti penyalahgunaan melibatkan pekerja kami, sila laporkannya. Jika ada maklumat yang tidak pasti, sila hubungi kami. Bantuan anda kini sangat bermakna,” tambahnya.

Rahsia buat duit dengan Google

Sebenarnya Google membuka peluang kepada sesiapa saja untuk menjana pendapatan bersama mereka melalui platform-platform yang Google deal seperti website,youtube channel,app dan game. Namun ramai yang tak tahu tentang buat duit dengan Google melalui penulisan artikel, buat artikel, share dan bila orang ramai baca.. kita akan dapat bayaran.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja