Emelda kongsi rahsia kekal muda dan cantik dengan netizen


Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita, Emelda Rosemila yang kekal cantik dan kelihatan muda meski sudah mencecah usia 40-an.

Baru-baru ini, bintang drama bersiri Manjalara itu ada berkongsi satu tips yang bermanfaat bersama peminat di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Emelda, meminum air daripada buah Lemon dan pengambilan Bawang Putih serta Madu boleh meningkatkan daya tubuh badan.

“Hellu sayangkuu, perbanyakkan minum warm lemon water atau lemon + ginger, atau lemon + ginger + honey dalam musim virus. Lemon bersifat alkali. Tinggi vitamin C, bantu kuatkan immune system

“Warm lemon water jadi amalan mel setiap pagi 15mins sblm breakfast. Tapi musim virus mel minum 2 kali sehari, satu gelas pagi, satu gelas malam sblm tidur

“Byk lagi kelebihan lemon. Boleh google ya. Selain kuatkan immune system, boleh bantu turunkan berat badan Jadikan amalan berterusan. InshaaAllah mujarab.,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat menyifatkan perkongsian Emelda itu sangat bagus dan bermanfaat kepada semua, lebih-lebih lagi saat semua berdepan krisis pandemik.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja