Dia tak pernah tinggal solat, Pesakit Covid-19 hembuskan nafas terakhir di Sarawak

Seorang pesakit Covid-19 iaitu Allahyarham Noornadiah Nazirah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.42 pagi tadi. Allahyarham Noornadiah Nazirah dilaporkan meninggal dunia di Sarawak General Hospital.

Kakak dan sepupu kepada mangsa memaklumkan perkara tersebut di laman Facebook. Rata-rata kenalan rapat dan keluarga mendoakan kesejahteraan Noornadiah di sana.

Kakak kepada mangsa iaitu Noornajwa Nabilah memaklumkan berita pemergian adiknya itu di laman Facebook. Adik perempuannya itu telah menghembuskan nafas pada jam 9.42 pagi. Mereka sekeluarga turut mengucapkan terima kasih buat sesiapa sahaja yang mendoakan kesejahteraan adiknya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada doktor di Sarawak General Hospital kerana telah menjaga dan merawat arwah sepanjang berada di sana. Difahamkan arwah telah bertarung nyawa selama 11 hari di ICU.

Sementara itu, sepupu kepada arwah Noornadiah Nazirah turut meluahkan rasa sayu atas pemergian mangsa yang sudah bertarung dengan Covid-19. Arwah juga disifatkan sebagai seorang yang baik, lemah-lembut dan suka membantu orang dalam kesusahan.

Menerusi ruangan komen ramai sahabat dan warganet mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semestinya ahli keluarga mangsa akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Noornadiah di syurga sana. Al-Fatihah.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja