Covid-19: Hampir seluruh KL zon merah

TIADA pertambahan zon merah setakat ini dan Lembah Pantai masih menjadi kawasan tertinggi pesakit dijangkiti Covid-19 dengan 367 kes.

Selain Lembah Pantai, dua kawasan lain dengan masing-masing merekodkan lebih 300 kes ialah Petaling (308 kes), disusuli Hulu Langat (307 kes).

Kementerian Kesihatan menerusi perkongsian di laman Facebook berkata, sekiranya berlaku peningkatan kes secara mendadak di satu kawasan terbabit, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan bagi mencegah jangkitan daripada terus merebak.

Menerusi infografik yang dikongsi kementerian itu, semua kawasan di Kuala Lumpur kini berada dalam zon merah kecuali Cheras yang hanya merekodkan 38 kes dilaporkan.

Daerah lain yang berada di zon merah ialah Kepong dengan 104 kes dan Titiwangsa (86 kes) serta Lembah Pantai yang menjadi kawasan tertinggi dalam negara.

Sabah dan Sarawak turut mempunyai daerah dikategori merah iaitu di Kuching, Sarawak (155 kes) dan Tawau, Sabah (67 kes).

Daerah lain yang mempunyai rekod sama Seremban (146), Johor Bharu (137), Kluang (135), Klang (88), Kota Bharu (82), Kinta (82), Gombak (77), Hilir Perak (61), Batu Pahat (47), dan Jerantut (58).

Sementara itu, sebanyak empat daerah di semenanjung dikategorikan sebagai zon hijau atau tidak mempunyai kes Covid-19 dan 27 daerah lagi di Sabah dan Sarawak.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)