Pelakon Beego menyifatkan kelangsungan hidupnya selama bergelar artis bukan semata-mata kerana peminatnya.
Malah kata Beego, peminat tidak membantu memberinya wang sebaliknya individu yang sentiasa bersamanya ialah keluarga dan sahabat.
“Pengikut Instagram saya tak ramai. Siapa selama ini ada bersama saya? Kawan-kawan dan keluarga,” jelasnya.
Kenyataan Beego itu bagi menjawab tulisan salah seorang pengikutnya di Facebook yang menyatakan ‘artis perlvk4n peminat untuk popular’.
Dalam pada itu, Beego turut meluahkan rasa kesal apabila ada dalam kalangan ahli keluarganya kurang sens1itif mengulas tentang isu perang artis dan netizen.
“Tiga empat hari ni penuh orang komen pasal Persatuan Seniman Malaysia dan artis Malaysia.
“Aku tahu bukan semua yang netizen maksudkan, aku faham… yang aku tak fahamnya ada saudara mara yang nak juga jadi netizen tanpa ada sensit1iviti yang mungkin aku ni boleh terasa jug sedikit sebanyak.
“Sebab gelaran artis tu terpalit pada aku yang dah suam-suam kuku ni.
“Jangan tanya kenapa aku unfriend pastu jumpa tengok muk korang pun aku tak nak.
“Aku hanya manusia lemah… ingat, cubit peha kanan, kiri terasa,” pesan Beego.