Bantuan Prihatin Nasional: CARA MOHON BPN 2020

PM baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebentar tadi.

Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula akhir bulan April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.

Penafian: Semakan Online bukanlah media rasmi Kementerian Kewangan. Segala maklumat adalah berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan. Pastikan anda tidak tertipu dengan scammers yang cuba mencuri data anda. Kami hanya menyediakan maklumat terkini Bantuan Prihatin Nasional sebagai rujukan anda.

JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
2. Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas

Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut:

Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.

RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.

Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei.

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.

Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei.

Selain itu, para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Semakan status BPN boleh dibuat di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my

Segala maklumat atau pertanyaan lanjut ada di web BSH.

Pastikan anda tidak mengisi apa-apa borang online bagi mengelakkan sebarang kecurian data.

SIAPA YANG LAYAK?
Berikut dikongsikan kategori penerima yang layak bagi setiap kategori.

Isi rumah B40

Kahwin; atau
Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Bujang B40

Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah

Isi rumah M40

Kahwin; atau
Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

Bujang M40

Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
Had umur 21 tahun ke atas; dan
Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP
KAEDAH PEMBAYARAN
Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.

Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:

Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN
Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:

Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

CARA MOHON BPN 2020

Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru boleh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.

Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak.

Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan nanti.

Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja