"Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena di rumah" - Ustaz Ebit Liew


Setelah mendapat kebenaran polis untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan semperna musim PKP, Ustaz Ebit Liew memulakan misi beliau di Baling,Kedah dan berjaya memindahkan 1 keluarga yang kurang bernasib baik dari rumah yang tidak selesa kepada rumah yang lebih luas serta dilengkapi dengan kelengkapan rumah.

"Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.

Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Gembira dengar. Syukur sangat."

Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.


Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.

Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.

Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka.

Syukur Alhamdulillah sahabat kita sekeluarga dah berpindah ke rumah sewa. Saya dah bayarkan 2 bulan. InsyaAllah selagi mereka perlukan rumah tu saya bayarkan sewa rumah dan air elektrik. Terima kaseh tuan rumah.

Mula-mula mereka terkejut. Sebab katanya macam mimpi. Anaknya happy jer dalam kereta saya tadi. Jiran baik semuanya ada yang datang membantu pindah tadi.

Sedih tengok. Saya pergi kedai perabot belikan 2 katil queen dan tilam. Serta 2 tilam single. Belikan tikar getah. Rice cooker. Saya beri duit belanja buat keluarga dan anak-anak. Syukur pada Allah.

Isteri tuan rumah menangis tadi. Sebak saya. Katanya kenapa ustaz buat semua ini. Jawab saya. Saya dulu miskin saya cuma nak Allah sayang. Miskin atau kaya bukan mulia atau hina. Keduanya ujian dari Allah. Saya tengok anak kakak ini cerdik semuanya. Saya teringin nak bantu mereka belajar ke madrasah.

Tadi kelam kabut saya balik. Tak sempat cakap panjang. Tadi sambung berbual dalam phone. Saya kata saya akan bantu anak ini belajar sekolah agama atau madrasah. Biar dia jadi orang hebat dunia akhirat.




Kami rakyat Malaysia mendoakan Ustaz Ebit Liew dan team semoga dimurahkan rezki dan diberikan kekuatan untuk terus membantu mereka yang memerlukan di luar sana.

Jangan bersedih Allah ada!






Sila like,share dan subscribe yer!

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja