Anak langgar PKP, Ayah ‘Korek’ Tabung Bayar Kompaun Guna Syiling, Wang Kertas RM1


Ibu bapa mana yang tidak menyayangi anak-anak mereka. Kebanyakan mereka sentiasa berusaha buat yang terbaik demi kebahagiaan anak.

Baru-baru ini, coretan seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalamannya yang dikatakan bertemu seorang lelaki ingin membayar kompaun anaknya.

Menurut posting tersebut, anak kepada lelaki itu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu dengan tidak berada di rumah seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Apa yang menyedihkan, lelaki tersebut membuat bayaran kompaun dengan menggunakan duit syiling berserta wang kertas RM1 yang diikat dengan getah.

Apabila ditanya, bapa itu memberitahu bahawa duit-duit tersebut dikeluarkan daripada tabung simpanannya sendiri.




Melalui posting tersebut juga, dia mengingatkan anak-anak terutama yang masih belum bekerja dan masih bersekolah agar sentiasa berada di rumah sepanjang PKP ini.





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja