Aliff Syukri mohon BPN, Netizen dakwa Aliff sengaja menganjing orang ramai


Pasti ramai yang tengah tersenyum lebar apabila menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada pihak kerajaan. Bagaimanapun, ada yang menerima dengan hati terbuka meskipun tidak layak menerima bantuan, malah sanggup mengeluarkan duit untuk membantu mereka yang memerlukan.

Namun lain pula yang dirasai oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang meluahkan rasa terkejut dan sedih apabila permohonannya untuk mendapatkan BPN tidak diluluskan. Menurutnya, dalam keadaan yang cukup getir ketika ini, dia sebagai usahawan juga turut terkesan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff berkata jualan perniagaannya merundum teruk sehingga 90 peratus dan semua perniagannnya ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Aliff berkata dia berharap kerajaan dapat memberikan bantuan kepada peniaga sepertinya yang turut terjejas berikutan penularan wabak COVID-19.

Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu mengundang kecaman netizen yang menyelar sikap usahawan itu sudah kaya raya tapi masih lagi mengharapkan bantuan kerajaan.

Netizen berkata sudah tentu bantuan itu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.


Kata netizen lagi, disebabkan itulah usahawan itu tidak pernah bahagia meskipun sudah kaya kerana harta sudah banyak dan memiliki rumah besar tetapi masih tidak tahu bersyukur. Malah ada menasihati Aliff agar gembirakan isterinya terlebih dahulu jika mahu bahagia.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja