Akui bakat nyanyian saya, dengar suara saya guna earphone - Aliff Syukri


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff ada berkongsi rakaman dirinya sedang berada di studio rakaman bagi proses merakamkan sebuah lagu

Perkara itu dikongsikannya menerusi entri IG TV, pada Selasa.

Di dalam video tersebut, Aliff antara lain optimis dengan single yang bakal dikeluarkan dan turut meminta ramai memberikan komen terhadap lagu yang dirakamkan.

“Tag kawan korang yg menyukai suara merdu sy dan yg sedang putus cinta. Lagu ni saya ciptakan sbb bosan duduk umah x tau nak buat apa sbb ada virus ni.

“Jadi gi jer studio @alongexists dan buat lah lagu ni hasil lirik sy sendiri dan tak ada kena mengena dgn sesiapa.



"Akui bakat nyanyian saya, cuba dengar guna earphone supaya tak ada gangguan dan semoga kita terhibur di zaman virus carola di rumah. Kalau korang nak tengok video yang penuh lagi korang boleh pergi dekat YouTube tv Telajak laris saya akan posting besok 10.00 pagi,” tulisnya.

Selain sibuk merakam lagu, Aliff yang baru sahaja melancarkan lagu berjudul Cuba Bahagia turut dilihat menghulurkan sumbangan kepada barisan hadapan dalam usaha membasmi pandemik COVID-19.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja