32 Warga Asing dibawa keluar dari kediaman mereka

SERAMAI 32 warga asing dari flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion dibawa menaiki bas selepas dipercayai positif Covid-19.

Mereka dilihat dipindahkan dari kediaman masing-masing bermula jam 12.50 tengahari menaiki bas.

Bas dinaiki semua warga asing berkenaan dilihat keluar dari bangunan itu pada jam 3 petang.

Tinjauan mendapati anggota keselamatan kini mengawal ketat kedua-dua bangunan berkenaan.

Orang ramai yang ingin menghantar makanan kepada penghuni di kawasan berkenaan turut diminta balik dan datang kembali selepas urusan pemindahan selesai.

Semua yang positif itu dikesan selepas saringan sejak dua hari lalu dan dipercayai sudah menerima keputusan makmal.

Terdahulu, bas dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu itu dilihat masuk ke jalan Masjid India menuju ke kedua-dua bangunan itu pada jam 11.45 pagi.

Turut kelihatan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) naik ke atas bas.

Turut dilakukan sewaktu ketibaan bas berkenaan adalah proses sanitasi di jalan berhampiran kawasan bas diparkir.

Selasa lalu, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua bangunan berkenaan.

Arahan PKPD itu dilakukan berikutan terdapat 15 kes positif jangkitan Covid-19 di kedua-dua bangunan itu.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja