15 ditahan buat "Parti Lalok" di rumah

IPOH - [DIKEMASKINI] Seramai 15 individu termasuk enam wanita ditahan selepas mengadakan parti persendirian di sebuah rumah sewa di Taman Casa Lapangan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pemeriksaan menemui dadah dipercayai jenis ecstasy dan ketamin.

”Pasukan memasuki rumah tersebut selepas mendapati pintu hadapan tidak berkunci dan kedengaran muzik dalam salah sebuah bilik di tingkat bawah rumah tersebut.

“Ketika serbuan kesemua suspek sedang berhibur dalam bilik tersebut. Pemeriksaan menemui tiga biji pil ecstasy disembunyikan dalam poket suspek lelaki manakala enam peket ketamin ditemui pada seorang suspek wanita warga Indonesia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, suspek turut gagal memberi alasan munasabah hingga melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mereka disyaki melanggar seksyen 269 Kanun Keseksaan dan juga Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

“Kesemua tangkapan didapati melakukan kesalahan mengadakan satu pesta muzik persendirian tanpa permit. Suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Asmadi berkata, siasatan lanjut mendapati rumah tersebut disewa salah suspek dan ujian urin mendapati 14 suspek positif dadah.

“Kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini. Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan warga Indonesia tersebut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Polis telah merampas peralatan-peralatan untuk berhibur seperti televisyen, alat pembesar suara, pemacu kilat, lampu, dadah serta sehelai seluar dan baju dalam,” katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja