Warga asing bersesak di terminal feri


RATUSAN warga asing yang memenuhi Terminal Feri Antarabangsa Kukup, di Pontian, sejak Rabu lalu menimbulkan keresahan penduduk di saat ancaman penularan wabak Covid-19 semakin buruk.

Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng memuat naik beberapa gambar ratusan warga Indonesia di terminal berkenaan yang dipercayai mahu pulang ke negara asal berikutan pelaksanaan Perintah Pergerakan Terhad oleh kerajaan.

Beberapa gambar yang dimuat naik Jeck Seng yang juga Timbalan Menteri 1 Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menunjukkan warga asing berkenaan bersesak di kawasan terminal dengan kebanyakan mereka tidak memakai penutup hidung dan mulut.

Menurut Jeck Seng di akaun Facebooknya hari ini, beliau menerima aduan daripada penduduk Kukup yang mengadu bimbang apabila sejumlah besar warga asing yang ingin pulang bersesak di kawasan itu tanpa kawalan.

“Perkumpulan besar sebegini membimbangkan penduduk kampung tentang penularan virus Covid-19 dan ini akan memudaratkan mereka.

“Saya sudah menghubungi Menteri Besar, Datuk Hasni Muhammad selain Pegawai Daerah Pontian serta Ketua Polis Daerah Pontian, memohon pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera untuk mengekang kejadian tidak diingini.

“Menteri Besar juga sudah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Imigresen Johor mengambil tindakan segera untuk membantu dan mengawal keadaan, ” katanya.

Baca juga : Jana pendapatan di rumah dengan buat dropship Lazada/Shopee guna smartphone pun boleh


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)