Update 900 kes Covid-19, 110 kes baharu

900 kes Covid-19, 110 kes baharu

SEBANYAK 110 kes baharu koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 900 kes dalam negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, berdasarkan siasatan awal, daripada 110 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Menurutnya, terdapat 15 kes pulih dan dibenarkan keluar pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan dibenarkan keluar daripada wad adalah sebanyak 75 kes.

“Sehingga kini, seramai 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac ini, yang antara lain membabitkan larangan menyeluruh pergerakan bagi membendung penularan wabak jangkitan Covid-19 di Malaysia dan dinasihat mereka duduk di rumah,” katanya pada sidang media hari ini.

Dr Adham berkata, bagi perhimpunan di Sulawesi, Indonesia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum 83 rakyat Malaysia berada di sana dan akan dikuarantin apabila mereka pulang.

"Sebaik tiba mereka akan disaring dan dikuarantin selama 14 hari dan kita juga mengadakan kolobarasi dengan semua hospital swasta dan klinik swasta khusus untuk Covid-19.

"Sementara mengenai Mufti Kelantan pula kita masih menunggu laporan sahih sama ada beliau positif Covid-19 atau tidak," katanya.

Beliau berkata, KKM juga sedang mengesan penumpang yang mempunyai kontak dengan salah seorang penumpang bas yang menaikinya dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan, Pahang pada 16 Mac lalu.

"Kita dah ambil segala peraturan dan peruntukan untuk mengesan mereka dan akan dipanggil untuk membuat saringan.

“Selain itu, sekiranya Johor ingin meminta pengecualian membenarkan pergerakan keluar masuk ke Singapura, kementerian akan membawanya ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, harapan kerajaan dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan ingin memutuskan rangkaian penularan Covid-19 kerana ini kaedah terbaik berbanding merawat.

Baca juga : Surirumah menjana pendapatan di rumah hanya buat dropship Lazada dan Shopee


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja