Digital Marketing untuk Ejen,Dropship Lazdrop Asia
Pengenalan
Tutorial pada kali ini adalah kita akan belajar digital marketing. Sebelum kita belajar digital marketing, jom set fahaman kita dulu tentang perniagaan supaya korang ready dengan apa yang korang ada sebelum terbang lebih jauh.
Apa itu perniagaan?
Definisi Perniagaan, senang nak faham apa saja yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai. Orang akan bayar berapa saja asalkan masalah mereka dapat diselesaikan. Apa saja yang dapat menyelesaikan masalah sama ada dalam bentuk product atau service, ianya adalah perniagaan yang sebenar.
Sebab ramai orang salah konsep, dia mendefinisikan perniagaan ni medium untuk menjadi kaya. Trust me, definisi macam tu adalah salah! Ramai yang akan jump masuk dalam bidang perniagaan, then give up macam tu saja. Sebab dia tak dapat nak capai apa yang dia nak. Serious, benda macam ni yang buat ramai orang gagal berniaga pada step pertama dan dia akan mula salahkan orang lain. Tak percaya, nanti korang boleh tengok sendiri bila korang dah run business sendiri dah ada drosphip/ejen jualan sendiri.
Penyelesaian masalah sama ada dalam bentuk product atau service. Product ada banyak fizikal product,digital product dan sebagainya. Service pulak skill/kemahiran kita dapat menyelesaikan masalah orang ramai.
Jadi adakah korang ni sebagai Senior/Junior Ejen atau Dropship Lazdrop Asia termasuk dalam perniagaan? Ya korang termasuk. Sebab korang ada product yang menyelesaikan masalah orang iaitu Applikasi Lazdrop Asia yang dikategorikan sebagai Digital Product.
DIGITAL PRODUCT
Digital Product ni product yang hanya boleh digunakan dengan menggunakan peranti elektronik macam software,app,game,ebook dan sebagainya.
FIZIKAL PRODUCT
Fizikal Product pulak product yang kita boleh sentuh dengan pancaindra macam baju,kasut dan sebagainya.
Jom huraikan lagi product yang korang ada sekarang iaitu applikasi Lazdrop Asia.
Product : Applikasi Lazdrop Asia(file apk/installer)
Digital Product apk file. Boleh run menggunakan smartphone os Android 4.4.4 ke atas
Kategori Product : Digital Product(boleh run guna smartphone Android os saja)
Masalah yang dikenalpasti :
1. Surirumah/ibu tunggal tambahan lagi yang mempunyai anak-anak dan sibuk dengan komitmen di rumah mempunyai batas masa yang terhad untuk mencari kerja di luar untuk bantu tambah sumber pendapatan keluarga. Ada yang nak bantu suami cari duit lebih, ada yang nak sara keluarga sendiri suami tak ada, ada yang nak sara keluarga yang sakit jadi susah nak tinggal komitmen di rumah untuk keluar cari kerja.
2. Ada juga ketua keluarga, yang bekerja tapi duit tak cukup untuk sara keluarga. Nak buat 2 3 kerja part time semestinya memakan masa dan tenaga malah lebih parah tak ada masa untuk bersama keluarga.
Penyelesaian Masalah :
Team SmartMath App Developer mencipta 1 applikasi Lazdrop Asia untuk memudahkan user buat dropship daripada pelbagai jenis pengiklan dan boleh buat di mana saja sama ada di rumah atau di mana-mana saja. Dropship yang sangat simple tak perlu beli stock,simpan stock,hantar barang dan tak perlu deal dengan customer pun. Pilih je mana-mana pengiklan dalam applikasi, pilih barang/kempen, buat shoplink dan share link tersebut ke media social. Bila orang ramai KLIK link tersebut, orang tu beli barang dan terima barang TANPA return/refund barang, user akan dapat komisyen. Pengiklan ada pelbagai, ada market place macam Lazada/Shopee/Alibaba dan sebagainya, ada pengiklan yang menawarkan service transport,hotel, fundraiser dan sebagainya. Kadar komisyen pulak bergantung pada tawaran pengiklan yang user pilih.
Dengan adanya applikasi Lazdrop Asia ni, user tak perlu susah-susah nak belajar lebih sebab makan masa. Kami dah programkan fungsi-fungsi yang penting jadi senang user nak faham dan follow. Selain tu juga, applikasi Lazdrop Asia ni mudahkan founder/ejen lazdrop asia bagi guide kepada mereka yang buat dropship, daripada kena baca banyak-banyak kepada klik itu dan ini saja. Memudahkan serta menjimatkan masa dan tenaga user tu sendiri.
Selain user dapat komisyen daripada pengiklan-pengiklan tersebut, Lazdrop Asia juga mempunyai program sendiri iaitu Referral Program. Setiap user yang sign up app Lazdrop Asia akan dapat ID masing-masing. Share tentang app lazdrop asia beserta ID user, orang lain sign up Lazdrop Asia guna Invitation Code menggunakan ID user, user akan dapat komisyen RM 50.
Jadi pendapatan user adalah komisyen daripada pengiklan dan komisyen daripada Founder/Ejen Lazdrop Asia, HANYA dalam 1 applikasi saja!
Kalau ada yang berminat nak belajar tentang dropship lazdrop asia boleh dapatkan ebook di Shopee harga RM 9.90 saja. Kalau nak beli, klik je gambar di bawah.
Tanpa melengahkan masa, jom belajar DIGITAL MARKETING!
Digital Marketing yang paling umum orang guna adalah Email,SMS,Whatsapp,Messenger dan sebagainya. Trust me, apa yang korang perlukan untuk menjayakan marketing macam ni adalah CONTACT orang ramai!
Korang boleh promote product/service korang kepada berjuta orang menggunakan teknik macam ni. Jap, kalau Youtuber boleh guna trick macam ni nak bagi viewers tinggi? BOLEH!
Promote kepada berjuta orang maksudnya kat sini bukanlah 1 SHOT iklan, reach semua audience list 1,000,000 orang 1 hari selesai, tak... Sehari kita dibenarkan untuk sent iklan kepada ratus hingga ribuan orang sahaja. Itupun kalau mereka itu dalam audience list kita.
Apa tu audience list?
Audience list ni senang nak faham LIST CONTACT lah. List contact sama ada Email atau No Fon orang ramai.
Audience list ni dekat mana nak ambik? Kena kumpul sendiri.
Macam mana nak kumpul? Kejap lagi Admin akan detailkan caranya.
✋ JANGAN guna apa-apa software atau applikasi untuk mengorek email/no fon pengguna daripada social media untuk dapat audience list dengan cepat. Pertama melanggar undang-undang internet dan kedua platform akan BANNED akaun korang.
š Guna saluran yang betul insyaAllah selamat. Iaitu mengumpul Audience List. Sebab audience list ni orang ramai itu sendiri yang rela berkongsi contact diorang sama ada email atau no fon dengan korang, bukan korang curi contact. Cara ni dibenarkan dan selamat walau apa jenis platform marketing pun yang korang guna sama ada Mailchimp,Manychat dan sebagainya.
Sebelum nak kumpul Audience List korang perlukan PLATFORM untuk mengumpul audience list dan menghantar 1 iklan kepada semua audience list korang.
Boleh pilih apa saja platform yang korang suka
1. Mailchimp
2. Manychat
3. GetRespond
4. Constant Contact
5. sendinblue
Admin cadangkan Manychat sebab dia ada 3 jenis platform berbeza iaitu Messenger,Email dan SMS marketing.
Macam mana nak kumpul Audience List?
Jalan selamat untuk buat marketing jenis ni adalah dengan mengumpul list contact orang ramai dengan IZIN mereka sendiri atau dengan KERELAAN mereka sendiri. Tapi macam mana nak ambil contact mereka sedangkan mereka pun tak kenal korang?
Jawapannya EXCHANGE!
Korang bagi something secara percuma, tapi orang tersebut kena daftarkan email/no fon diorang dengan korang dulu.
Something dekat sini terpulang korang nak bagi apa kepada orang ramai secara percuma sama ada ebook percuma ke bagi tips percuma ke. Biasanya orang bagi Ebook percuma then exchange dengan contact orang ramai.
Ebook apa nak bagi? Ikutlah ebook apa pun boleh asalkan ada orang berminat nak belajar tentang ebook yang korang offer.
Macam mana nak tahu kalau orang tu bagi email valid atau tak? Lepas user tu daftar email, baru sent ebook yang korang offer, so kalau user tu bagi valid email so dapatlah ebook, kalau dia bagi invalid email so tak dapat lah ebook tu.
Dekat mana nak kumpul email2 ni semua? Boleh guna platform2 yang Admin list dekat atas macam Manychat untuk kumpul. Dalam tu pulak ada cara-cara dia nak setup form untuk kumpul email-email user.
Kalau manychat dia akan kumpul audience list automatic macam ni bila orang respond dengan posting korang.
Mailchimp susah sikit nak buat dan dia punya undang-undang pun ketat berbanding Manychat.
Atau boleh guna Google Form untuk kumpul audience list dalam Google Sheet
Klik Go to Google Forms
Klik blank
1. Letak nama tajuk service atau freegift korang
2. Bagi arahan kepada user kalau nak freegift, tinggalkan email nanti korang antar via email3. Info apa yang korang nak kumpul sama ada Nama, Alamat, Email dan sebagainya.
4. Kalau nak tambah info boleh klik sini
Siap form macam ni, klik SEND
1. Klik LINK
2. Klik Shorten
3. Copy dan share je link FORM korang
So bila orang klik link, diorang berminat nak dapatkan ebook daripada korang, diorang register email dengan korang so automatic email2 orang ramai akan terkumpul dalam Google Sheet!
Selamat mencuba!
Kalau takda ebook boleh beli dengan Admin, RM 9.90 ja.