Sajat(Muhammad Sajat) mengamuk dituduh punca mengundang bala(covid-19)


Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajat,berang dituduh punca mengundang bala(covid-19)

Susulan penularan wabak COVID-19, rata-rata negara mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyekat kemasukan pelancong asing. Tidak ketinggalan kerajaan Arab Saudi juga turut menghalang jemaah untuk memasuki Mekah dan Madinah.

Perkara itu turut memberi kesan kepada jemaah yang mahu menunaikan ibadah Umrah. Tidak kurang juga ada yang mengatakan wabak berkenaan sebagai ‘bala’, malah ada yang menuduh usahawan kosmetik, Muhammad Sajat punca musibah tersebut.


Tidak hanya berdiam diri, menerusi Insta Story Sajat meluahkan rasa berang terhadap pihak yang menuduh dirinya punca musibah itu berlaku. Sajat berkata bukan Mekah sahaja ditutup tetapi hampir satu dunia menyekat kemasukan pelancong.

Sajat turut menggesa individu bergelar ‘ustaz’ yang menuduhnya itu supaya memberikan bukti kukuh bahawa tindakannya yang memegang Kaabah ketika mengerjakan ibadah umrah pada Februari lalu menjadi punca sehingga Mekah ditutup

Sajat turut menegaskan bukan dirinya punca penutupan Mekah dan Madinah tetapi kerajaan Arab Saudi bertindak demikian bagi mengekang risiko penularan COVID-19.

Terdahulu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dikecam hebat apabila tampil berpakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah. Perkara itu mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki.


Baca juga : Surirumah meraih pendapatan RM 28,000 hasil buat dropshipping di rumah


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja