Lelaki maut ditikam, ibu tunggal dirogol




LELAKI maut ditikam, manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dipercayai dirogol individu dikenali dalam kejadian di Bachok, hari ini.
Dalam kejadian pada 7 pagi itu, suspek dikatakan memecah masuk rumah ibu tunggal berusia 40-an sebelum dipercayai merogol mangsa yang tidur di dalam sebuah bilik.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Abdullah Mohammad Piah berkata, mangsa yang mempunyai lima anak memaklumkan suspek berusia 19 tahun meletakkan pisau di tengkuk mangsa sebelum merogolnya.
“Selepas dirogol, suspek cuba melarikan diri namun ibu tunggal itu menjerit menyebabkan dua lelaki yang sedang tidur di ruang tamu dan dapur rumah berkenaan terjaga dan cuba menangkap suspek.

“Dalam cubaan itu, lelaki berusia 28 tahun maut ditikam di perut dan dada manakala rakannya berusia 25 tahun cedera.
“Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.



Kredit : ABDULLAH menunjukkan gambar suspek remaja, Ahmad Azwanizam Zamri, 19 dicari pihak polis . FOTO Nik Abdullah Nik Omar.


Abdullah berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat, manakala rakannya yang parah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Katanya, ibu tunggal kematian suami itu tinggal di rumah berkenaan bersama lima anaknya yang berusia dua hingga 17 tahun.
“Kita masih menyiasat hubungan serta kenapa dua lelaki yang meninggal dunia dan cedera itu tinggal di rumah ibu tunggal berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Abdullah berkata, susulan kejadian itu, polis memburu seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.
Katanya, remaja berkenaan dikenali sebagai Ahmad Azwanizam Zamri, 19, dipercayai tinggal di sekitar Bachok.
Mana-mana pihak yang mengenali remaja itu diminta untuk hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.




Kredit : ANGGOTA polis mengangkat mangsa yang maut ditikam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
Sumber : Harian Metro


Sponsored

Tutorial cara buat Dropship dengan lebih 200 pengiklan daripada pelbagai negara Asia Tenggara termasuk pengiklan gergasi Shopee dan Lazada. Senang ja, pilih apa saja barangan yang ada di store pengiklan, buat shoplink, share ke media socia, customer klik link dan beli barang, barangan sampai kepada customer dan kita dapat komisyen sehingga 10% daripada harga barang yang customer beli. Tak kisahlah customer tu beli barang di Shopee ke Lazada ke ikut pengiklan yang kita pilih. Jom belajar lebih lagi dalam Ebook Kongsi Rahsia!



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja