Lelaki berusia 26 tahun, berjaya meraih RM 4.2 Billion dalam tempoh 8 tahun!


INSPIRASI : Lelaki berusia 26 tahun berjaya meraih RM 4.2 Billion(US$ 1 Billion) dengan hasil usaha beliau sendiri dalam tempoh 8 tahun!


Lelaki ini bukan berasal daripada United States atau mana-mana negara maju, tetapi beliau berasal daripada sebuah kota yang terpencil di India yang bernama Titlagarh. 


Mempunyai pendapatan RM 
14,768,250.00 setiap bulan dan mempunyai 1,500 pekerja! Beliau ialah Ritesh Agarwal pemilik dan pengasas bilik sewa(motel) OYO!

Sejak berusia 13 tahun, beliau telah menjinakkan diri dalam perniagaan dengan menjual sim card. Beliau menamatkan pelajaran di peringkat sekolah tinggi dan membuat keputusan untuk tidak menyambung pelajaran.

Beliau berkata "Kebanyakkan ibu bapa menyatakan dengan menghantar anak-anak mereka ke universiti, dengan harapan dapat menjaminkan masa depan yang cerah dan kejayaan yang sebenar, TAPI saya tidak bersetuju dengan anggapan seperti itu. Saya selalu percaya bahawa menyelesaikan masalah adalah kunci sebenar untuk seseorang mencapai kejayaan!"


Beliau memulakan langkah menuju kejayaan yang beliau yakin selama ini sejak berusia 18 tahun! Lelaki ini seolah-olah dapat menjangkakan yang permasalahan di kota tersebut akan bertukar kepada peluang yang dapat mendatangkan hasil. Beliau mendapati MASALAH di kota tersebut adalah kebanyakkan kemudahan rumah persinggahan seperti motel dan hotel di kota tersebut tidak mempunyai kelengkapan kemudahan yang mencukupi bagi memberi keselesaan kepada pengunjung. Apa yang lelaki ini buat? Beliau menukarkan konsep dekorasi dan design rumah persinggahan tersebut dari usang kepada tema modern serta lengkap dengan kemudahan seperti bekalan air,internet,penghawa dingin dan mempromosikan rumah penginapan tersebut di social media!

Usaha beliau selama 8 tahun membuahkan hasil di luar jangkaan, daripada 1 bilik OYO kepada 15,000 bilik di seluruh dunia! 





Siapa sangka, berusaha daripada kota yang bukan daripada negara maju, tetapi lelaki ini membuktikan bahawa kejayaan tidak mengira di mana kita berada asalkan kita bijak mencari masalah di sekeliling dan cari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut untuk dijadikan peluang kepada sumber pendapatan. Kini beliau meraih pendapatan sehingga RM 4.2 Billion(US$ 1 Billion) pada usia 26 tahun hasil daripada usaha beliau sendiri!

Setiap MASALAH pasti ada jalan PENYELESAIAN dan PENYELESAIAN inilah KUNCI KEJAYAAN yang sebenar dalam sesebuah perniagaan.


Baca juga : Teknik rahsia meraih pendapatan sehingga RM 170,000 dengan buat dropship Lazada/Shopee


Penjelasan mengenai buat duit dengan Google :




Baca juga :
Ketahui rahsia meraih RM 170,000 dengan buat dropship Lazada/Shopee di rumah

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja