Kami akur golongan Artis mendapat bantuan sama seperti rakyat biasa




Semalam hangat diperkatakan apabila tular cadangan Bantuan Khas Covid-19 Penggiat Seni Malaysia (COVIDSENI-2020) yang dibentangkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) kepada kerajaan.
Malah, rata-rata netizen menyifatkan cadangan tersebut sangat tidak masuk akal. Malah ada yang mengatakan bantuan yang diminta seperti melebih-lebih mengalahkan mereka yang bertugas di barisan hadapan.

Tampil menjelaskan isu tersebut, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata berlaku salah faham terhadap cadangan itu sehingga menimbulkan pertikaian. Menurutnya, kertas cadangan itu sudah dibentangkan sebelum kerajaan umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
“Ini salah satu inisiatif karyawan seni yang dibuat mengikut saluran yang betul, merangkumi proses dan prosedurnya. Cuma, ketika itu kerajaan belum memperkenalkan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Apapun, kami dah dapat maklumat awal berkenaan pembentangan terbabit, jadi kami cadangkan apa yang dimahukan dalam kertas kerja dibuat,” katanya kepada Harian Metro.

Zed berkata, kertas kerja cadangan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ahli Seniman berkenaan apa yang dikehendaki. Zed Zaidi menegaskan itu adalah cadangan sebelum pembentangan dan pihaknya akur apabila golongan artis tersenarai dalam golongan B40 dan M40.
“Sama ada terima atau tidak bukanlah isu. Cuma kami sampaikan pandangan yang diluahkan oleh akar umbi. Macam-macam pandangan diterima dan kami masukkan semuanya dalam kertas kerja cadangan ini.

“Ia juga bersesuaian dengan keadaan sekarang. Malah, apabila kami siapkannya, pengumuman belum dibuat oleh Perdana Menteri. MoF akan tengok mana-mana yang bersesuaian, boleh atau tidak. Kalau tak boleh, mereka akan buat pertimbangan letakkan kami di mana dan barulah PM akan umumkan.
“Selalunya begitulah yang dilakukan termasuk ketika belanjawan yang mana kerajaan akan ambil kira pandangan penggiat seni merangkumi persatuan dan ahli-ahli akar umbi.

“Begitulah prosesnya. Itu adalah cadangan sebelum pembentangan dan kami juga akur apabila PM meletakkan golongan artis dalam kategori B40 dan M40,” katanya.

Sumber : Rotikaya





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sponsored : Buat dropship Shopee di rumah guna smartphone je

Tutorial cara buat Dropship dengan lebih 200 pengiklan daripada pelbagai negara Asia Tenggara termasuk pengiklan gergasi Shopee dan Lazada. Senang ja, pilih apa saja barangan yang ada di store pengiklan, buat shoplink, share ke media socia, customer klik link dan beli barang, barangan sampai kepada customer dan kita dapat komisyen sehingga 10% daripada harga barang yang customer beli. Tak kisahlah customer tu beli barang di Shopee ke Lazada ke ikut pengiklan yang kita pilih. Jom belajar lebih lagi dalam Ebook Kongsi Rahsia!




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja