Isteri Disembelih Suami Apabila Mengigau Sebut Nama Jantan Lain Ketika Tidur


Gara-gara isteri 'mengerang' sebut nama bekas kekasih ketika sedang tidur, suami yang berang bertindak menyembelih isterinya sehingga mati.

Wani, 25 tahun telah berkhawin dengan suaminya Anwar, 30 tahun. Pasangan ini tinggal di Tebing Tinggi Medan, Indonesia dikurniakan seorang cahaya mata.

Wani berhenti kerja atas desakan suaminya dan menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga bayi pertama mereka yang baru lahir. Manakala suaminya bekerja mencari nafkah.

Tetapi disebabkan berasa kesunyian, Wani menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasih gelap secara senyap-senyap melalui Facebook.

Setiap hari hubungan mereka semakin rapat dan Wani kerap melayan kekasihnya di facebook sehingga mereka berjumpa tanpa pengetahuan Anwar.

Tetapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua! Hubungan Wani dengan bekas kekasihnya dapat dihidu oleh suaminya.

Tanpa bertindak melulu dan mengikut perasaan, Anwar mula menyelidik telefon bimbit Wani dan mula membaca mesej-mesej cinta isterinya. Anwar masih bersabar.

Satu malam, lebih kurang jam 2.30 kemarahan Anwar memuncak ketika isterinya sedang nyenyak tidur, Wani 'mengerang' menyebut nama kekasih gelapnya itu.

Anwar yang mendengar isterinya menyebut nama kekasih gelapnya berasa amat marah lalu mengambil pisau di dapur dan menyembelih leher isterinya sehingga putus sebelum bertindak menyerah diri pada pihak polis keesokan harinya.

Kejadian itu telah mengemparkan penduduk setempat dan kebanyakannya terkejut dengan apa yang telah berlaku.

Moral of the story, jadilah isteri yang taat dan patuh pada ajaran Allah, serta tidak bermain cinta di belakang suami.

Apapun, sebagai umat Islam kita tidak dibenarkan mengikut hawa nafsu dan perasaan sendiri dan bertindak membunuh. Walaupun isteri telah melakukan kesilapan, berbincanglah baik-baik sehingga damai.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja