Covid-19 ragut satu lagi nyawa

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu lagi kematian koronavirus baharu (Covid-19) dalam negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian itu membabitkan kes ke-152 yang disahkan meninggal dunia pada 6.27 petang ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 setakat ini tiga kes.

Katanya, kes ke-152 ini membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh yang berhimpun di Seri Petaling, Kuala Lumpur.

“Beliau (mangsa) telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada 6.27 petang,” katanya dalam hantaran di facebooknya, hari ini.

Dalam hantaran itu, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.


Nak beli handsanitizer : BELI DI SINI

Nak beli facemask : BELI DI SINI


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja