“Awak Yang Tayang Semuanya, Tindakan Artis Sendiri Yang Memakan Diri”


Hangat diperkatakan apabila ada segelintir artis meminta kerajaan memberikan bantuan khusus apabila ‘periuk nasi’ penggiat seni terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ada beberapa artis tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Isu tersebut sekaligus membuatkan netizen memberikan tanggapan buruk kepada artis. Pengarah Mamat Khalid turut bersuara mengenai isu itu dan menempelak sikap segelintir artis yang suka berkongsi gaya hidup mewah serta barangan berjenama di media sosial.


Dalam pada itu, pengarah terbabit bagaimanapun turut bersimpati kepada beberapa artis yang menjadi mangsa kecaman netizen dan berharap mereka ambil pelajaran daripada apa yang berlaku.

Apa pun diharap golongan artis diluar sana ambil nasihat daripada orang berpengalaman jika mahu terus bertahan di dalam industri hiburan tanah air.  Mungkin selepas ini golongan artis perlu lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial bimbang ianya menjadi buah mulut orang ramai.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja