Tutorial 9 | Macam mana nak promote shoplink Lazada di Facebook


Macam mana nak promote shoplink Lazada/Shopee di Facebook

Ada beberapa cara yang kita boleh promote shoplink Lazada/Shopee di Facebook antaranya ialah melalui Facebook Profile,Facebook Page, Facebook Group,Facebook Comment dan Facebook Messenger.

Facebook Profile


Facebook profile adalah facebook yang kita guna untuk share posting dengan kenalan dan followers yang terdekat yang mungkin mengenali kita atau ada kaitan hubungan dengan keluarga dan kawan kita. Jadi audience untuk Facebook Profile ni lebih kepada orang yang mempunyai hubungan dengan kita dan mempunyai minat yang berbeza


Boleh ja kalau nak buat shoplink Lazada/Shopee dan post dekat Facebook Profile kita tapi kita tak boleh nak target kenalan kita di facebook tu minat apa. Ada yang minat masakan,game,smartphone dan sebagainya. Jadi untuk mengatasi masalah ni, memandangkan kita tak tahu nak target apa minat audience untuk Facebook Profile, kita ambil minat yang umum saja macam barangan masakan, barangan penjimat tenaga,barangan yang cucian dan sebagainya. Pendek kata barangan kegunaan rutin.

Contoh cadangan product untuk audience macam ni adalah alat penjimat tenaga. Sebab semua orang secara basicnya akan menggunakan tenaga setiap hari seperti alat penjimat elektrik.


Macam biasa, buat shoplink Lazada/Shopee dan post di ruangan wall facebook profile anda

Kalau tak tahu cara nak buat shoplink boleh klik button di bawah :



Facebook Page

Facebook page kita boleh kumpul audience sehingga berjuta orang berbanding dengan Facebook Profile paling maksium boleh kumpul 5,000 friends saja. Kegunaan page lebih advance berbanding profile memandangkan facebook page mempunyai fungsi yang lebih banyak. 



Facebook page boleh target minat audience supaya barangan yang kita promote tu mengenai apa yang followers kita suka. Contoh kita buat page Masakan atau Makanan jadi minat followers page kita lebih kepada barangan-barangan dapur. Jadi strategy dia adalah perbanyakkan post content-content yang berkaitan dengan page kita, kalau page makanan, kerapkan post content-content yang berkaitan dengan resipi makanan, bahan-bahan masakan atau khasiat makanan, sebab semua ni adalah PUNCA untuk menarik lebih ramai followers berkumpul di Facebook Page kita.

Jadi apa faedahnya kalau ramai followers di page? Faedahnya kita senang nak promote shoplink barangan yang berkaitan dengan minat mereka di page kita.

Macam biasa buat shoplink yang berkaitan dengan facebook page korang dan post di wall Facebook Page.

Facebook Group


Facebook group sama jugak macam Facebook Page bezanya adalah Facebook Group tak boleh buat Facebook Ads dan Tak boleh monetize video tu ja.

Kalau anda rajin nak buat Facebook Group sendiri pun boleh cuma ambil masa untuk kembangkan audience Facebook Group ja lah. Kalau nak join Facebook Group orang lain, pastikan anda patuhi peraturan admin group masing-masing. Sebab ada sesetengah Admin group, kalau dia tengok posting yang takda kena mengena dengan group biasanya mereka akan reject atau delete posting anda.

Jalan selamat buat macam ni,

Contoh kalau Facebook Group tu tentang memancing. So target product yang anda boleh buat shoplink mestilah barangan yang berkaitan dengan barangan memancing. Buat shoplink barangan memancing dan post di FACEBOOK PROFILE dan baru share ke Facebook Group memancing. Share ni biasanya lebih selamat berbanding direct buat posting ke group.


Facebook Comment


Contoh kalau ada Facebook Page yang ramai followers buat posting, so cari barangan yang berkaitan dengan post tersebut, buat shoplink dan promote dekat ruangan komen tu. Ini dapat membantu meningkatkan komisyen anda!


Next tutorial kita akan belajar lebih banyak lagi berkaitan dengan Digital Marketing untuk tingkatkan income Dropship dan Ejen Lazdrop Asia.

Saya nak bagi FREE ebook kepada sesiapa saja yang nak belajar buat duit online. Tak perlu bagi detail download dan belajar je. Kalau korang rasa content ebook ni bagus,just share je supaya orang lain pun dapat belajar.
Ini link download ebook :


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja