Tutorial 8 : Macam mana nak tingkatkan traffic di Facebook Page


Macam mana nak tingkatkan traffic ke platform seperti Facebook Page

Ada yang tanya Traffic tu apa, traffic adalah orang ramai yang berkunjung ke platform korang seperti Facebook Page, Blogger,Youtube Channel atau website. Kelebihan Traffic ni adalah senang kita nak mempromosikan sesuatu sama ada shoplink, promotion dan sebagainya. Biasanya 7/10 akan respond kepada posting yang anda buat.

7 tips untuk tingkatkan traffic Facebook Page!

1. Promote Facebook Page ke social media yang lain

Sebagai contoh korang ada buat platform Facebook Page dan korang dah ada group-group whatsapp. Share/copy link Facebook page korang di group-group whatsapp untuk tingkatkan pengunjung(traffic)

2. Promote Facebook Page ke Blog anda


Korang boleh guna macam-macam plug-in Facebook dekat sini untuk linkkan dengan blog/website korang. Taip je kat Google Facebook Plugin for Blogger.

3. Guna email marketing untuk hebahkan Facebook Page korang

Email marketing kita boleh guna Mailchimp,Getrespond,Manychat. Tapi sebelum kita nak blast email guna platform ni, ada process mengumpul email-email terlebih dahulu dipanggil AUDIENCE LIST. Dalam audience list ni ada banyak email-email yang kita kumpul kemudian kita boleh lah kepada beribu-ribu email. TEKNIK ni yang selalu Youtuber guna untuk dapat subscriber beribu dan views beribu dengan cepat. :D PECAH RAHSIA

Kalau nak senang kita guna Manychat sebab Manychat ni selain ada email marketing, dia jugak ada messenger dan SMS marketing 3 dalam 1 lah. Detail cara nak kumpul Audience List nanti kita belajar ye



4. Post di Facebook Page dan share ke group-group Facebook

Kalau boleh post,posting yang bersifat PERSOALAN supaya orang ramai yang ada dalam group tu rasa tercabar nak jawab diruangan komen. Contoh kalau korang perasan kan ada satu posting macam berbentuk kuiz mathematic dan dia punya description dia "99% orang gagal menjawab soalan ni". So bila orang terbaca description macam tu automatic dia akan rasa tercabar yang dia boleh jawab dengan betul.

Satu lagi contoh posting berbentuk LEAD TO ACTION, contoh macam ni description tulis "Berapa ramai orang kat sini yang pakai Smartphone Adnroid dan Ios" Sila like untuk Android dan komen untuk Ios.

5. Buat posting di Facebook Page berkali-kali sehari

Posting yang kerap berupaya menarik lebih cepat orang  ramai berkunjung ke page anda . Tapi benda apa nak post? 8/10 post tentang news,kelakar,resepi,tutorial dan sebagainya 2/10 post tentang produk yang korang nak jual. Maksudnya kat sini, bukanya dalam tempoh 1 jam korang buat posting sampai 10 post sekali gus.. bagi ada gap masa. Macam pagi sampai tengah hari 2 3 posting,  tengah hari sampai petang 2 3 posting macam tu lah. Sebab orang takkan singgah kalau korang terlalu push business korang SEBAB business korang belum tertanam minat kepada diorang. Contoh macam video kelakar,tutorial apa semua tu memang diorang dah alami tiap hari so diorang akan lebih cepat respond kepada content-content yang macam ni berbanding push business.

Ini adalah step yang pertama iaitu naikkan traffic di page. Next step baru kita guna teknik LEAD. Tapi, yang buat Dropship shoplink tu tak payah sebab korang tak terlibat dengan urusan jual beli, so cukup sekadar tarik traffic dan drop link ja.

6. Pastikan korang ambil peduli tentang umur audience korang

Berdasarkan laporan Facebook Audience Insight, kadar umur yang paling ramai active di Facebook adalah antara 21 hingga 36 tahun. Jadi pastikan content posting korang mengenai cita rasa golonga yang berumur macam ni

7. Guna Facebook Ads

Buat 1 posting yang macam Admin bagitau tadi, posting yang bersifat persoalan supaya dapat mencabar/memancing emosi audience, kemudian guna FB Boost untuk tarik lebih ramai orang react kepada posting korang.


Pada tutorial yang akan datang akan masih memfokuskan untuk tarik lebih ramai audience.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja