Kelas Perniagaan Online PERCUMA | Macam mana nak lead customer untuk beli produk anda

MACAM MANA NAK LEAD CUSTOMER UNTUK BELI PRODUK ANDA

Dalam tutorial Admin akan ajar teknik untuk lead orang ramai ke platform anda dan cara menjual applikasi Lazdrop Asia(untuk Ejen)



Ini adalah formula basic jualan online. Formula macam ni berpotensi untuk tingkatkan sales sehingga ratusan ribu ringgit. Dulu test formula macam ni jual ebook harga RM 20 ebook "Cara buat duit dengan Google". Hasil jualan ebook tu kami meraih hampir RM 200k dalam tempoh 6 bulan pada tahun 2018.



Kemudian kami guna formula yang sama untuk jualan applikasi Lazdrop Asia, masa ni kami belum hire Ejen lagi kami buat dan jual sendiri. Kami berjaya lead sehingga 826k pengunjung dan jualan installer sebanyak 100k lebih dalam tempoh setahun lebih jadi darablah harga installer app lazdrop asia dengan jumlah installer yang terjual. Cuma hujung tahun 2019 kami buka peluang kepada orang ramai untuk jadi Ejen kami untuk bantu kami kembangkan pasaran applikasi Lazdrop Asia dan kami bagi 100% hasil jualan kepada Ejen pada tahun 2019 untuk bagi orang lain juga merasa duit sendiri bila berniaga. Pada tahun 2020, hasil jualan applikasi kepada Ejen Lazdrop Asia hanya 95% sahaja. Sengaja kami bagi kadar keuntungan yang tinggi supaya Ejen bersemangat nak berniaga sesuai dengan kerja keras mereka dan sesuai dengan misi kami LETS GROW TOGETHER!

Tutorial lepas Admin ada share sikit tips mengenai Traffic, kepada sesiapa yang terlepas tutorial yang lepas boleh baca DI SINI.
Lead customer 



Selepas proses menarik lebih traffic kepada platform anda, step kedua adalah LEAD CUSTOMER. Lead customer ni adalah proses untuk mengubah/convert daripada Traffic biasa kepada Pembeli.

Proses Lead Customer ada 4 :

1. Kesedaran
2. Minat
3. Keputusan
4. Tindakan

KESEDARAN

Buat 1 posting di platform anda sama ada blog/fb page. Pastikan ada BEAT dekat TAJUK posting anda untuk tangkap KESEDARAN orang ramai. Contoh,

"Buat duit dari rumah dengan jadi Dropship Lazada saja"

"Alternatif kepada kerja part time, boleh buat di rumah saja"

"Boleh bantu suami untuk tambah pendapatan keluarga dari rumah saja"

ok atau kalau korang nak buat title sendiri, korang boleh buat title berdasarkan persoalan/permasalahan yang biasanya dihadapi oleh kebanyakkan orang.

Contoh

Masalah : Nak bantu suami cari duit tambahan tapi banyak komitmen dekat rumah tak sempat nak keluar cari kerja.

Buat title untuk menyelesaiakan masalah : "Boleh bantu suami untuk tambah pendapatan keluarga dari rumah saja"

Daripada situ korang dah dapat tarik KESEDARAN orang-orang yang ada masalah macam tu.

MINAT


Lepas dah ada kesedaran tentang posting anda, mereka pasti nak lebih detail macam mana posting anda tu dapat membeli jalan penyelesaian kepada mereka.

RAMAI yang silap dekat sini. Awal dia dah dapat kesedaran orang ramai tu dah bagus, tapi dia terlepas untuk GRAB minat orang ramai. Biasanya Ejen/Peniaga silap dekat sini. Dia direct jual terus. Contoh silap ejen/penjual

Guna app Lazdrop Asia ni boleh buat macam macam dropship dalam app ni. App ni RM 150 ja setahun bla bla bla.. THEN customer pun WALK AWAY sebab dia tak minat. Macam mana dia nak minat kalau apa yang dia cari belum terjawab.

Jadi caranya kalau nak grab MINAT mereka, mulakan dengan

1. Cerita permasalahan yang biasa orang ramai alami contoh macam takda masa nak cari kerja part time nak tambah pendapatan keluarga

2. Cerita penyelesaian kepada masalah tu. Contoh zaman sekarang ramai orang shopping online, tahu tak sebenarnya ada satu rahsia ni, bila orang shopping melalui link kita, kita akan dapat duit walaupun kita hanyak buat kerja di rumah tanpa beli/simpan stock,hantar barang dan deal dengan customer. Hanya share link, orang shopping dan kita dapat duit. Ok lepas kita dah buka sikit MINAT dia kita tambah lagi perasa

3. BAGI TUTORIAL PERCUMA. Contoh, sini saya ajarkan FREE je saya ajar anda macam mana nak buat Dropship dengan Lazada tanpa beli/simpan stock hanya guna link saja tak perlu nak ebook bagai sebab senang ja cara nak buat. AJAR MACAM MANA ADMIN AJAR KORANG.

4. Tambah lagi minat dia dengan ceritakan manfaat kalau buat dropship link macam ni dapat jimat masa dan tenaga. Lepas tu baru buka kelebihan applikasi Lazdrop Asia. Contoh, guna ja app Lazdrop Asia ni untuk buat dropship sama ada dengan Lazada atau dengan mana-mana syarikat pengiklan yang lain sebab dalam app ni ada 200 lebih pengiklan daripada pelbagai negara Asia Tenggara. UPLOAD gambar sekali supaya customer dapat tengok gambaran applikasi yang korang nak jual.

KEPUTUSAN 



Pada tutorial lepas Admin ada ajar psikologi perniagaan. Pada peringkat selepas customer tu mempunyai minat terhadap program yang anda offer, mode dia sekarang dalam keadaaan SEPARA SEDAR. Jadi pada peringkat ni keputusan dia nak beli atau tak adalah 50-50,oleh itu kita kena mempengaruhi keputusan dia. Contoh kita ingatkan dia semula daripada awal masalah yang awal-awal daripada tajuk tadi. Contohnya zaman sekarang tu lah susah nak buat 2 3 kerja untuk tambah sumber pendapatan apa lagi dengan komitmen kepada keluarga semua. Kalau guna app ni duduk dekat mana pun boleh buat, dekat rumah pun boleh sebab tak banyak guna tenaga dan masa. Buat link pastu share je ke media social. Jadi keputusan dia untuk beli adalah lebih tinggi.

TINDAKAN



Ok selepas kita berjaya mempengaruhi keputusan customer tadi sekarang adalah lancarkan serangan terakhir iaitu mempengaruhi tindakan customer. Mereka mungkin buat pembelian pada masa lain dan sebagainya. Jika mereka tidak beli sekarang, berkemungkinan pengaruh-pengaruh lain akan mempengaruhi keputusan mereka untuk beli produk anda sebab Proses SEPARA SEDAR ni sekejap je.

Untuk mempengaruhi tindakan customer,Contoh kita letakkan LIMITATION/TERHAD. Applikasi Lazdrop Asia ni terhad untuk 20 orang terawal sahaja. Jadi pada masa ni keputusan customer ni akan berubah kepada tindakan iaitu aku MESTI beli produk ni sebab aku nak selesaikan masalah. Tu contoh.

Cuba apply teknik ni insyaAllah jualan korang akan meningkat. Pada tutorial akan datang Admin akan post lebih banyak teknik-teknik jualan secara online untuk Ejen Lazdrop Asia.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)