Kelas Perniagaan Online PERCUMA | Macam mana nak dapat customer pertama anda!



Dalam tutorial kali kita akan recall balik beberapa bahagian memandangkan ramai yang baru join jadi Ejen Lazdrop Asia jadi Admin nak ajar semua sekali termasuk ejen baru dan ejen lama. 

Gambar sekadar hiasan


Keperluan yang korang kena ada untuk Tutorial 7 ni adalah :

1. Pengetahuan tentang fungsi applikasi Lazdrop Asia

- Kalau belum belajar boleh belajar DI SINI

2. Cara buat link product/shoplink/ product daripada pengiklan

- Kalau belum belajar boleh belajar DI SINI

Pastikan anda faham 2 benda tu, kalau tak faham boleh rujuk Admin nanti Admin terangkan.

Ok kalau korang dah ready, insyaAllah kita akan masuk tutorial ke 7 iaitu cara nak dapatkan customer pertama anda


Cara nak tarik customer


Admin ada study dalam 1 ebook Psychology dalam perniagaan tentang cara berkesan untuk tarik customer. Admin akan kongsikan tips daripada ebook ni kepada anda dalam bahasa yang mudah dan senang nak faham.

1. Salah satu kaedah untuk jual apa saja secara berkesan, adalah MENARIK perhatian orang ramai ke arah anda. Mari sini semua saya ada sesuatu nak kongsikan kepada anda semua

2. KEY kedua adalah PERCUMA. Saya nak ajar anda secara PERCUMA cara macam mana nak buat Dropship dengan Lazada tanpa beli/simpan barang, hantar barang dan deal dengan customer hanya guna link sahaja. Orang klik link, diorang shopping anda dapat duit. Pada peringkat ni ramai orang akan datang kepada anda/platform anda untuk dapatkan sesuatu yang PERCUMA sama ada Tutorial percuma atau Ebook Percuma.

Ok dekat points ni anda dah berjaya MENARIK perhatian orang ramai untuk dengar kepada anda dengan keyword PERCUMA.

3. Lepas dah tarik perhatian orang, dah tangkap focus orang ramai kepada anda, apa yang anda harus buat adalah ... AJARKAN diorang, bagi tunjuk ajar step by step yang jelas macam mana nak buat Dropship guna app Lazdrop Asia. Dari awal peringkat pilih barang, convert link dan share ke media social. Kalau Advance lagi terangkan kepada diorang macam mana diorang dibayar komisyen,bila diorang boleh keluarkan komisyen ke akaun bank dan sebagainya. Pendek kata ceritakan semuanya yang detail kepada tentang FUNGSI applikasi Lazdrop ASia

4. Lepas dah ajar Fungsi dan tatacara nak buat dropship guna app Lazdrop Asia, CERITAkan kepada mereka MANFAAT applikasi Lazdrop Asia. Dari segi kemudahan, jimat masa tak payah baca buku, senang nak guna dan sebagainya.

5. Dah cerita tentang manfaat applikasi, MAIN EMOSI audience korang dengan relatekan FAEDAH Dropship ni dengan keadaan semasa. Contoh Kalau buat Dropship dengan Lazada ni senang, tak payah susah-susah nak beli/simpan stock,hantar barang, dan sebagainya. Guna app buat shoplink dan share ke media social. Jadi dapat membantu abang-abang semua tak perlu susah-susah cari kerja part time untuk menambah sumber pendapatan. atau memudahkan akak-akak adik2 semua yang menjadi surirumah nak bantu suami tak payah susah-susah keluar rumah nak cari kerja part time dengan sibuk dengan komitmen di rumah segala. Guna ja app Lazdrop Asia buat Dropship Link share ke media social, bila orang klik link dan beli barang, korang dapat duit.  Jimat masa dan tenaga.

6. BERTINDAK SEKARANG. Ok lepas dah bagi ajar semua, buat audience anda bertindak dengan segera untuk beli applikasi Lazdrop Asia anda. Contoh, applikasi ini hanya terhad kepada 100 orang yang terawal sahaja. Secara psikologinya manusia bila dia dipengaruhi oleh sesuatu input macam tutorial yang anda ajar, berita,cerita dan sebagainya akan membuatkan manusia itu dalam keadaan separa sedar dalam tempoh yang pendek. Jadi dalam keadaan separa sedar itulah korang offer(bukan paksa ye) product(applikasi Lazdrop Asia) kepada customer anda dengan meletakkan TEMPOH TERHAD untuk dapatkan app yang anda jual. Tujuannya untuk membuatkan audience anda segera bertindak untuk beli app anda. Sebab dalam jangka masa yang panjang manusia ni dia akan berubah fikiran atas pengaruh-penaruh input-input yang lain. Benda ni psikologi Admin belajar.

KESILAPAN Ejen-ejen/peniaga terlepas customer adalah
1. Dia direct jual kepada customer. Contoh, BELI lah app ni anda semua boleh guna app ni untuk buat kerja-kerja dropship ada fungi bla bla ada manfaat bla bla. Step pertama pun customer dah menjauhi anda. Sebab anda gagal MENARIK perhatian dia untuk dengar kepada anda. Customer tu tak kenal product anda tak kenal anda tak kenal potensi anda mestilah dia blah. Then last anda akan Give up dan anda akan tuduh business tu business ni scam tu scam ni :D . Yang ni ramai Admin jumpa, dia tak boleh buat, dah gagal pada step pertama lepas tu taknak belajar then dia akan salahkan orang. Please buang sikap macam ni kalau nak berjaya dalam perniagaan. Sebab dalam bidang perniagaan bukan kita saja penjual tapi ramai. Semua kena bersaing  untuk dapatkan customer. Untuk Ejen insyaAllah kami akan usaha bantu korang sampai korang berjaya

2. Promote dengan permainan harga pada peringkat awal. Sometime ok sometime tak. Kita kena tengok pada jenis product yang kita jual. kalau nak main psiko harga kena tengok jugak kadar minat customer terhadap sesuatu product tu macam mana tinggi atau rendah. Contoh product jenama Nike orang dah kenal, kalau main psiko harga boleh lah sebab brand tu orang dah kenal, dengar je murah atau ada potongan harga confirm orang rebut punya. TAPI anda ejen, anda jual app Lazdrop Asia, ada yang dah tahu dan ada yang belum tahu, jadi pilihan yang terbaik adalah jangan gelojoh main psiko harga dan sebagainya sebaliknya bagi atau ajar orang dulu mengenai Dropship Lazdrop Asia supaya orang ramai faham baru boleh main psiko harga.

3. Bagi fakta yang salah dan tak masuk akal. CONTOH "Shopee dah berbelanja lebih 13 Trillion Dollar bayar kepada Ronaldo untuk iklan..." agak-agak customer tu nak dengar ke dia blah macam tu saja? :D Bagilah fakta yang logik... macam statistik orang shopping online ke, statistik peringkat umur yang rajin shopping online ke dan sebagainya. Baru lah nampak terpelajar sikit.

4. Terlalu melayan HATERS. JANGAN layan atau block je terus puak-puak yang komen negatif kepada apa yang anda jual. Puak ni kadang daripada pihak PESAING anda, diorang tak boleh buat macam yang anda buat, jadi untuk jatuhkan anda diorang akan buat KOMEN NEGATIVE kepada anda. Kalau jumpa HATERS macam ni just block, tak payah layan. Kalau korang terlalu layan komen komen negative lama kelamaan anda akan give up sebab jiwa tak kental, cepat down.

Banyak lagi nak karang ni tapi takpa kita ambik yang positive je dulu supaya korang dapat apa yang Admin ajar korang malam ni.

Cara nak jual applikasi Lazdrop Asia

1. Minta customer anda pilih pakej mana yang dia nak

2. Pastikan customer anda buat pembayaran kepada anda terlebih dahulu ikut harga pakej yang dibeli.Contoh dia ambik pakej A RM 150, so pastikan dia bayar RM 150 kepada anda

3. Buka app Lazdrop Asia, Sign In dekat Ejen, klik RESIT, isikan form customer dan share resit pembelian kepada customer anda.





4. Bagi installer app Lazdrop Asia anda kepada customer dan suruh mereka DAFTAR BARU

5. Lepas daftar, mintak ID Dropship customer anda dekat Admin


6. Bayar 5% daripada jumlah jualan app kepada Admin then admin bagi ID kepada customer anda

7. Bantu Customer untuk buka akaun Dropship, kalau tak tahu nak buka akaun dropship boleh mintak Admin buatkan

8. Bagi tutorial cara nak buat Shoplink dan sebagainya kepada customer anda boleh ambik daripada Blog ni



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)