Tutorial 4 : Macam mana nak tingkatkan jualan guna FB Ads


Macam mana nak tingkatkan jualan guna servis Facebook Ads? 

Jika anda seorang peniaga yang nak letupkan sales sehinggu ribuan ringgit, anda akan belajar trik dan teknik pemasaran facebook di sini secara PERCUMA!

Admin merupakan salah seorang daripada team SmartMath App Developer untuk mengajar Ejen dan Dropship Lazdrop Asia dari segi pemasaran secara online. TAPI tutorial ni semua peniaga/atau anda yang baru nak berniaga pun boleh belajar dan guna teknik ni takda masalah. The more we share,the more we get.

Pengenalan

Facebook Ads adalah servis iklan berbayar di Facebook, kita boleh buat hebahan mengenai product atau service kita di facebook dengan bayaran minima serendah RM 20(RM 21 sekarang ada cukai daaa) so kita boleh set nak iklan tu ditayangkan untuk berapa hari. Kalau bajet rendah dan hari tinggi, jadi jumlah penonton yang tengok iklan anda tu adalah rendah, kalau bajet dan hari rendah, jumlah penonton yang tengok iklan anda tu tinggi. Admin akan detailkan semua tu nanti.

Dalam tutorial ni kita akan belajar

1. Setup Facebook Ads Account
2. Strategi Facebook Ads
3. Target Audience
4. Bajet Iklan

SETUP FACEBOOK ADS ACCOUNT

Untuk bahagian ni adalah untuk mereka yang masih zero atau tak tahu apa-apa mengenai Facebook Ads. Jadi kalau anda sudah ada sikit experience mengenai Facebook Ads, boleh skip ke step seterusnya.

1. Keperluan utama yang anda wajib ada adalah FACEBOOK PAGE(Kalau ada yang tak tahu cara nak buka fb page nanti boleh tanya Admin).

2. Buka Facebook Ads Manager  untuk buat simple setting


Ini adalah INTERFACE akaun Facebook Ads manager yang kita akan guna nanti.

Untuk tutorial ni kita focus kepada beberapa component yang basic tapi penting saja dulu.


STRATEGI FACEBOOK ADS



Sebelum melancarkan sesuatu "serangan jualan", kita harus ada perancangan supaya apa yang kita lancarkan tidak tersasar daripada objective/target yang kita nak.


1. KENALI PRODUCT/SERVICE YANG ANDA JUAL



Perkara utama yang kita perlu tahu adalah, MASALAH dan PENYELESAIAN dalam kalangan orang ramai. Dalam tutorial ni Admin anggap, anda dah ada product/service yang anda nak jual di pasaran cuma kita nak target customer yang betul-betul match dengan apa yang kita nak jual. Kalau nak belajar lebih lagi mengenai Masalah dan Penyelesaian sama ada dah ada atau belum ada product/service,nanti kita akan belajar pada next tutorial.

Sebagai contoh anda adalah Ejen Lazdrop Asia yang jual Digital Product(Lazdrop Asia App). Pertama sekali anda WAJIB tahu fungsi dan kelebihan applikasi Lazdrop Asia dan kenapa Customer perlu beli applikasi ni. Sebab bila anda dah tahu secara overall mengenai fungsi dan kelebihan product yang anda nak jual, secara automatik anda senang terangkan kepada customer, nak buat copywriting sendiri dan sebagainya sebab semua benda tu dah ada dalam kepala jadi senang nak jual.

Buat list macam ni senang

Product Yang Nak Dijual : -
Fungsi Product : -

Kelebihan Product : -

Manfaat Product : -

Kenapa Customer Perlu Beli Product : -  


CONTOH UNTUK ANDA KENALI PRODUCT YANG ANDA JUAL
Product Yang Nak Dijual : Applikasi Lazdrop Asia

Fungsi Product : Boleh buat dropship daripada pelbagai jenis pengiklan dalam 1 app saja

Kelebihan Product : Boleh buat Dropship product/service/store daripada lebih 200 Advertiser di seluruh Asia Tenggara termasuk Lazada/Shopee dan banyak lagi dalam 1 applikasi saja

Manfaat Product :
Orang lain shopping, user dapat duit. User tak perlu deal dengan customer, tak perlu beli stock,tak perlu hantar barang. Hanya buat shoplink daripada pelbagai jenis Advertiser guna applikasi Lazdrop Asia, share ke media social dan dapat duit bila orang klik link dan shopping daripada link yang user buat tadi.

Kenapa Customer Perlu Beli Product Anda : Sebab user boleh direct buat Dropship guna applikasi Lazdrop Asia tanpa buang masa untuk baca ebook yang panjang lebar bagai dan tak semua orang faham kalau hanya baca ebook saja. Dengan applikasi Lazdrop Asia ni user boleh direct praktik buat dropship dengan advertiser seperti Lazada,Shopee dan sebagainya sebab semua dah diprogramkan hanyak klik itu dan ini saja, simple dan menjimatkan!


Simple form macam tu mampu membantu anda untuk belajar tentang product/service yang anda jual dengan lebih cepat dan efektif. Pada peringkat pertama ini anda mampu untuk buat audience alert dengan apa yang anda jual di pasaran dan pasti ada di antara mereka yang nak INFO lebih mengenai product/service yang anda jual.

2. DETAILKAN PRODUCT ANDA 




Biasanya lepas customer dah tengok tentang product/service anda secara kasar, mereka nak tahu lebih detail mengenai product/service yang anda jual sebelum mereka buat keputusan untuk beli/langgan apa yang anda jual. Jadi persoalannya kat sini, di mana PLATFORM yang sesuai untuk detailkan semua tentang product/service yang anda jual.

Admin cadangkan anda guna BLOGGER. Sebab senang nak buat text panjang, senang nak upload/link gambar/video dan mudahkan customer untuk ketahui lebih detail mengenai product/service yang anda nak jual.

Kalau anda belum tahu cara nak setup BLOGGER, pada tutorial akan datang Admin akan ajarkan anda cara nak buat. Untuk tutorial ini, Admin anggap anda dah siap dengan apa yang Admin bagitau. Kalau ada yang belum belajar tentang Blogger atau FAcebook page, nanti nak belajar yang tu dulu kemudian datang ke sini semula untuk sambung belajar Facebook Ads pun boleh takda masalah asalkan ikut flow yang Admin bagi.

Cara nak tulis detail product, ikut simple format yang Admin bagi 

1. Pengenalan kepada masalah dan penyelesaian yang biasanya orang ramai alami

- Sebagai contoh, kita ambik masalah kewangan dalam kalangan keluarga. Kebanyakkan keluarga mengalami masalah perbelanjaan akibat daripada kurang sumber pendapatan tambahan. Nak buat 2 3 kerja kadang-kadang masa tidak mengizinkan dan memerlukan tenaga yang banyak

- Penyelesaian wujudkan product yang membolehkan user buat duit walaupun di mana saja dia berada dan tidak menggunakan tenaga yang banyak.

2. Ceritakan tentang fungsi product/service yang boleh menyelesaikan masalah tersebut

- Bagi menyelesaikan masalah tersebut, applikasi Lazdrop Asia pun diwujudkan.

3. Ceritakan manfaat dan kelebihan product/service kepada mereka

- Applikasi Lazdrop Asia membolehkan user buat dropship daripada 200 pengiklan menggunakan 1 applikasi saja.

- User tak perlu hantar barang, beli stock,deal dengan customer

- User hanya perlu buat shoplink product/service/store daripada Advertiser yang terdapat dalam applikasi Lazdrop Asia. Bila customer klik link dan shopping, user dapat duit!

- User boleh buat kerja-kerja dropship ni pada bila-bila masa dan dimana saja menggunakan applikasi saja

- User tak perlu baca ebook. Sebab semua component-component yang penting dah diprogramkan dalam applikasi Lazdrop Asia dan hanya klik-klik saja jadi jimat masa dan tenaga!

4. Yakinkan mereka dengan testimoni(jika ada)

- Kalau ada testimoni boleh tempelkan sekali dekat blog post anda

5. Detailkan harga product/service

- Harga applikasi Lazdrop Asia RM 150 setahun/RM 250 seumur hidup.

6. Detailkan contact anda untuk mudahkan customer menghubungi anda

- Tempelkan detail contact anda untuk mudahkan customer menghubungi anda seperti whatsapp/email

Untuk Ejen Lazdrop Asia anda tak perlu risau sebab content promo anda boleh ambik daripada Admin dan post je ke blog post anda. COPY PASTE je. Kalau nak guna kreativiti sendiri pun boleh takda masalah.

Content Promo untuk Ejen Lazdrop Asia (Copy Paste je dan tukar contact info untuk customer contact anda)


Jadi untuk planning Facebook Ads sekarang kita dah ada

Product/Service(FB Page) -> Detail Product/Service(Blogger) -> Customer Buat Pembelian 

Bila nak guna Facebook Ads? Kita guna Facebook Ads pada peringkat posting Facebook Page iaitu di sini

Product/Service(FB Page)

Lepas kita run Facebook Ads, ramai orang akan tertumpu pada product/service yang anda nak persembahkan kepada orang ramai. Kemudian mereka akan klik iklan anda untuk dapatkan INFO Lanjut mengenai product/service anda  pada step ini

Detail Product/Service(Blogger)

Persoalannya kepada siapa kita nak lancarkan Iklan product/service ni? Kita akan cari pada next tutorial iaitu TARGET AUDIENCE


TARGET AUDIENCE


Untuk ketahui golongan mana yang sesuai iklan ni ditujukan adalah kita perlu ketahui beberapa aspect seperti demography, geography dan sebagainya. Admin suka guna 2 tools ni dalam buat keputusan mengenai targe Audience

1. Google Trends
2. Facebook Insight



Di Google Trends ni kita boleh cari maklumat mengenai permasalahan yang biasanya orang cari melalui Google search. Di sini kita boleh tengok kebanyakkan topik contoh seperti Dropship ni biasanya kebanyakkannya orang daripada daerah/negeri mana yang buat carian. Kalau tengok dalam report ni yang paling ramai yang buat carian mengenai dropship adalah Kelantan,Terengganu,Kedah,Pahang dan Sabah. Banyak lagi informasi yang kita boleh korek dalam Google Trends ni cuma dalam tutorial ni Admin nak focuskan kepada Facebook Ads dulu.

Hasil maklumat yang kita dapat daripada Google Trends kita boleh guna untuk audience Facebook Ads. Seterusnya pergi ke Facebook Ads Manager yang tadi, buka menu dan klik AUDIENCE INSIGHT




Di Facebook Insight ni kita akan buat 1 Facebook Target Audience. Di sebelah kiri tu ada 5 component penting mengenai orang ramai yang online di Facebook.

1. Location

- Tetapkan lokasi mana yang kita nak promote barangan/service
- Tetapkan negara Malaysia

2. Age and Gender

- Biar je default sebab kita nak tengok secara keseluruhan

3. Interest(Minat/Hobi orang yang ada di Facebook)


- Interest ni yang biasanya kita tengok minat orang ramai di warganet. Contoh kita boleh letak nama page Siakap Keli/ROTIKAYA/KEDAH FA/JDT dan sebagainya. Dalam contoh ni Admin set Interest Siakap Keli.

4. Connection(Page)

- Yang ni biar je default sebab kita nak target customer yang di luar daripada page kita

5. Advance

- Advance ni anda boleh target nak audience tu berstatus apa, kerja apa, student di kolej mana dan sebagainya

- Part Work dan kebawah tu biar je default



Jadi hasil detail di Facebook Insight ni kita dapat rumuskan seperti yang berikut. Ikut je format yang Admin bagi

1. Country : Malaysia(target 1 Malaysia)
2. Interest : Siakap Keli(4 juta followers)
3. Gender : All
4. Age : 25 - 34 tahun(paling active di Facebook)
5. Status : Kebanyakkan mereka adalah  Marriage
6. Education : Kebanyakkan mereka adalah pelajar/bekas student University

NEXT kita akan buat Facebook Ads. Admin ajar cara senang nak buat, pegi ke Facebook Page anda, buat satu posting iklan beserta gambar



Klik je Boost Post

Ok dalam setting ni kita dapat tengok ruangan pertama sekali adalah Objective Iklan. Objective Iklan anda boleh tentukan nak user contact anda/like dan comment di post anda/vist website atau blog anda dan sebagainya. Dalam tutorial ni admin set lead to Website.

Post Button biar je default

Dekat ruangan Audience kita kena setup sikit. Klik EDIT



1. Gender set All
2. Age 23 - 34 tahun(puak ni aktif di Facebook)
3. Country(target je 1 Malaysia)
4. Interest(letak je page mana yang popular. Contoh Siakap Keli)
5. Klik Save dan Siap Audience anda



Next, scroll je ke bawah pada bahagian DURATION AND BUDGET

1. Set berapa hari anda nak iklan ni dipaparkan

2. Set berapa RM anda nak spend untuk iklan ni

3. Contoh di atas kalau spend RM 20 dan run iklan dalam tempoh sehari, boleh target customer antara 3,600 hingga 10,000 orang dalam masa sehari

Next tambah duit untuk pembayaran iklan


Klik Add Money dan Pilih Kaedah Pembayaran

Pilih kaedah pembayaran dan klik Continue. Topup je macam biasa. Lepas dah topup, pergi semula ke boost post dan Boost je. 



BAJET IKLAN

Kalau anda peniaga baru, bajet iklan yang sesuai adalah RM 20 dan run dalam 3 hari seminggu untuk membantu meningkatkan interest orang ramai terhadap product/service yang anda jual.


Sampai di sini dulu Tutorial kita pada hari ni. Pada next tutorial kita akan belajar lebih lagi mengenai marketing di Facebook.

Semua ini adalah basic sahaja, ada lagi detail-detail,trik dan teknik yang Admin belajar dan akan ajarkan kepada anda dari semasa ke semasa.


SUMBER NAK BELAJAR LAGI FACEBOOK MARKETING


Sumber pembelajaran yang Admin belajar mengenai Facebook Marketing adalah melalui ebook ini. Dalam ebook ni ada 699 muka surat dan perfect semua lengkap dan penjelasan yang terperinci. Pendek kata kalau anda peniaga ebook jual harga RM 30 pun boleh jadi kaya kalau belajar Facebook Marketing ni sebab anda akan terdedah dengan pelbagai jenis teknik,trik,tools dan banyak lagi. Memang perfect la ebook ni.  



Kalau anda berminat nak dapatkan ebook ni boleh dapatkan dekat Admin. Klik je button di bawah



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KAMI MASIH BUKA PELUANG KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT UNTUK JADI EJEN LAZDROP ASIA

















































Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja