Tutorial 3 Ejen & Dropship Lazdrop Asia | Jualan Automatik



CARA NAK BUAT 1 POSTING IKLAN/PROMO TAPI BOLEH AUTOMATIK LINK DENGAN SOCIAL MEDIA YANG LAIN

Sebelum kita lanjutkan pembelajaran keperluan yang korang perlu ada untuk buat kerja-kerja Dropship atau Ejen mestilah kena ada platform social media sebab senang kita nak promote link product/app lazdrop asia kepada orang ramai.

Kalau anda Ejen Lazdrop Asia, ini yang anda perlukan :

1. Facebook page
2. Blogger/Wix/Wordpress
3. Whatsapp

Kalau anda Dropship Lazdrop Asia anda bebas nak guna mana-mana social media tanpa setup rangkaian macam yang Ejen buat. Sebab anda sebagai Dropship, anda tak terlibat dengan urusan jualbeli, deal dengan customer mahupun menghantar barang. Kerja dropship kan hanya share link product,lead link product/store/promotion dan sebagainya. Jadi target utama anda sebagai Dropship hanyalah TARIK lebih ramai audience berkumpul di ruangan anda sama ada fb page,blogger dan sebagainya. Admin akan dedahkan kepada anda bahagian ni pada tutorial yang akan datang.

Cuma tutorial di sini Admin nak focuskan kepada dua iaitu Ejen dan Dropship Lazdrop Asia. Tools ni amat berguna, menjimatkan masa dan percuma.

Pengenalan kepada IFTTT


IFTTT ni Admin terangkan sikit supaya anda faham fungsi tools ni. Tools ni memboleh anda buat 1 posting daripada social media dan automatik di share ke social media yang lain.

Sebagai contoh, anda buat posting di Blog kemudian IFTTT akan share posting anda ke social media yang anda tetapkan secara automatik(sama ada Facebook page,Youtube channel,Twitter dan sebagainya). Boleh jugak buat upload video ke Youtube, kemudian IFTTT akan post/share video anda dari Youtube automatik ke Facebook page/blog dan sebagainya. Menarik kan! Yang bestnya IFTTT ni tools free je sape pun boleh guna. Tools ni memudahkan kerja, tak kisahlah sama ada kita ni peniaga online ke video creator ke penulis ke wartawan ke guna IFTTT je senang.

Untuk tutorial yang ini Admin tunjukkan yang basic dulu supaya anda dapat faham sikit-sikit. Pada update tutorial yang akan datang Admin akan share lebih banyak cara nak guna IFTTT ni.

First macam biasa, kita buka akaun dulu.(Boleh klik gambar dibawah kalau nak ke website IFTTT)





Boleh Sign Up guna Google Account atau Facebook Account takda masalah






Ok next, Klik Account dan klik CREATE


Klik button + di situ dan Pilih social media pertama yang anda nak buat Posting. Contoh kat sini, Admin nak buat posting daripada BLOGGER, jadi Admin pilih BLOGGER



Klik button social media anda. Kat sini Blogger jadi admin klik button Blogger

Klik CONNECT!


Pilih Account Google dan Klik Allow

Pilih Blog anda. Kalau anda guna platform selain Blogger boleh tanya Admin.


Ok Choose trigger ni maksudnya kita nak IFTTT ni respond selepas kita buat sesuatu dekat platform yang kita link tadi. Sebagai contoh dekat sini, Admin nak, bila admin post any new content, IFTTT respond dan share content daripada blog Admin ke media social secara automatik

Ok Next, Klik button +That







Ok kemudian, pilih target social media yang mana anda nak IFTTT posting content daripada blog tadi secara automatik. Contoh kat sini admin nak post dekat Facebook Page, jadi admin taip Facebook dan klik Facebook Page

Klik Connect


Pilih Facebook Page anda (kalau anda nak guna selain Facebook page boleh tanya Admin)


Klik Update





Klik pilihan yang kita nak, contoh kat sini Admin nak IFTTT share gambar daripada content blog yang Admin post





Lepas tu kita boleh setup, kita nak pattern Posting tu macam mana sama ada IFTTT just paparkan Title shaja atau link atau gambar sekali kita boleh adjust dekat sini. Tapi kat sini biar je default diorang dah setting ok dah tu.

Klik Create Action









Klik FINISH dan SIAP!!

Cuba dulu Sign Up dan setup social media anda. Pada update tutorial akan datang kita akan belajar banyak benda lagi.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)